Ayam Kerutuk Kelantan

Ayam Kerutuk Kelantan
Ayam Kerutuk Kelantan

 

Ayam Kerutuk Kelantan

Kali ni Che Nom nak masak Ayam Kerutuk, masakan yang berasal dari Kelantan. Che Nom rujuk resepi dari YouTube Dapur Kak Yah. Terima kasih banyak-banyak sudi kongsi resepi Kak yah masak guna itik serati, Che Nom ganti guna ayam.

Masakan kerutuk ni macam tengah-tengah antara gulai dan rendang. Kita perlu guna rempah khas untuk kerutuk, dan yang ni Che Nom beli online dari Kelantan dan rempah tu sendiri memang dah wangi, warnanya agak sedikit gelap berbanding rempah biasa.

Satu lagi bahan campuran istimewa yang dimasukkan ialah rempah sangai. Dan sedapnya kuah tu juga, hasil dari tambahan kerisik dan kita masak dengan menggunakan pati santan. Memang pekat dan sedap hasilnya. Bagi Che Nom, lauk ni cukup sedap kalau makan dengan nasi minyak ataupun pulut kuning.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 2 biji bawang besar
    • 4 ulas bawang merah kecil
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
  • Bahan-bahan untuk rempah sangai:
    • 300g tepung gandum
    • 1/4 cawan minyak masak
    • 1 sudu besar biji ketumbar
    • 1 sudu kecil lada hitam
    • ½ sudu kecil biji jintan putih
    • 1 sudu kecil biji jintan manis
  • Bahan-bahan lain:
    • 1 ekor ayam (berat anggaran 2kg)
    • 1 cawan minyak masak
    • Rempah 4 sekawan (1 kayu manis, 2 bunga lawang, 4 pelaga, 3 bunga cengkih)
    • 1 sudu besar cili kisar
    • 1 batang serai
    • 1 inci lengkuas
    • 25g /4 sudu besar rempah kerutuk
    • 1 helai daun pandan
    • 2 keping asam gelugur
    • Santan, dari 1 biji kelapa (atau 2x200ml santan kotak segera)
    • Sedikit gula nisan
    • 2 biji kentang
    • garam, secukup rasa
    • 2 sudu besar kerisik
    • 1 sudu besar kicap pekat karamel
    • Cili hijau besar
    • Cili padi
    • Serbuk perasa, jika suka

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk Ayam Kerutuk :
    1. Kisar halus kesemua bahan dengan air secukupnya.
    2. Bancuh rempah kerutuk dengan sedikit air.
    3. Sangai bahan-bahan lebih kurang 4-5 minit ataupun lebih sehingga naik bau dengan api yang perlahan.
    4. Tumbuk/kisar halus bahan sangai.
    5. Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar halus bersama 4 sekawan sehingga kering, kekuningan dan naik bau.
    6. Masukkan cili kisar, serai yang dititik dan bancuhan rempah kerutuk. Kacau sehingga pecah minyak.
    7. Masukkan ayam dan daun pandan, lalu tutup dan biarkan ayam separuh masak serta sedikit kering.
    8. Masukkan santan, sedikit gula nisan, serbuk rempah sangai dan kentang.
    9. Reneh ayam sehingga masak.
    10. Tambah garam secukup rasa, kerisik, kicap pekat caramel, cili padi, serbuk perasa (pilihan). Sambung masak sehingga kuah naik minyak.
    11. Kemudian,, ayam kerutuk siap untuk dihidang.

Tip:

  • Selain gula nisan, boleh saja digantikan dengan gula perang ataupun gula melaka.
  • Tambah santan atau air untuk lebihkan kuah.

PH Bantah PRU Sebab Banjir, Tapi Sibuk Berkempen Bukan Buat Persiapan Banjir

Ayam Kerutuk Kelantan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


PH Bantah PRU Sebab Banjir, Tapi Sibuk Berkempen Bukan Buat Persiapan Banjir

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker