Ayam Masak Cili Kering

Ayam Masak Cili Kering
Ayam Masak Cili Kering

Ayam Masak Cili Kering

Untuk kali ini, Che Nom nak kongsi masakan yang mudah..yang sesuai untuk mak mak yang sibuk..maklum lah bila tengah2 minggu bekerja ni, dengan PDPR lagi masing-masing takda masa sangat nak masak lauk yang complicated kan.

Jom kita sediakan Ayam Masak Cili Kering. Resepi ni diadaptasi dari masakan Chinese style iaitu Ayam Sechuan tetapi dah di olah lah ikut bahan-bahan dan citarasa Che Nom sendiri.

Dari segi rasa, siapa suka makan pedas tu pasti akan suka rasa masakan ayam cili kering ni. Ayam kita perap dan goreng garing, kemudian kita masak bersama bahan tumisan termasuk lah cili kering. Dan masakan ni Che Nom biasa hidang dengan telur goreng.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk ayam goreng:
    • ½ ekor ayam
    • 1 sudu kecil garam
    • 1 sudu kecil serbuk kunyit
    • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
    • 1 sudu besar kicap pekat manis
    • 1 sudu besar kicap cair
    • 1 sudu besar tepung gandum
    • 1 sudu besar tepung jagung
  • Bahan-bahan untuk kuah:
    • 1 sudu besar tepung jagung
    • 2 sudu besar sos tiram
    • ½ cawan air
    • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • Bahan-bahan untuk lain:
    • Minyak masak
    • 3 ulas bawang putih
    • 1-2 biji bawang merah kecil
    • 2 inci halia
    • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
    • 1 pokok daun bawang
    • 5 tangkai cili kering
    • Lada benggala
    • Sedikit air untuk kuah
    • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk goreng ayam:
    1. Potong ayam kepada kiub kecil.
    2. Masukkan garam, sebuk kunyit, serbuk lada hitam, kicap pekat manis, kicap cair dan gaul sebati.
    3. Taburkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sekata.
    4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak keperangan.
  2. Cara-cara untuk kuah:
    1. Bancuh tepung jagung, sos tiram, air dan kicap pekat. Kacau sehigga larut
    2. Panaskan miyak dan tumis hirisan bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
    3. Masukkan cili kering (yang telah direndam air panas) dan kacau 2-3 minit.
    4. Masukkan hirisan daun bawang (bahagian putih), serbuk lada hitam dan ayam goreng. Kacau sekata.
    5. Masukkan lada benggala, bancuhan tepung jagung tadi, air, hirisan daun bawang (bahagian hijau) dan garam.
    6. Hidang bersama nasi putih panas dan telur goreng.

Tip:

  • Gunakkan halia muda untuk rasa yang lebih sedap
  • Lebihkan air kalau nak lebih berkuah.

Daging Masak Kicap Dan Kentang

Ayam Masak Cili Kering


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


PH Bantah PRU Sebab Banjir, Tapi Sibuk Berkempen Bukan Buat Persiapan Banjir

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker