Berlagak alim tapi culas bayar sewa

Siap guna hadis enggan keluar rumah... “Aku benci tunggang agama untuk tutup kesalahan”

Berlagak alim tapi culas bayar sewa

Berlagak alim tapi culas bayar sewa
Pemilik kediaman berdepan dengan penyewa yang tidak membayar sewa selain enggan mengosongkan rumah.
SUDAHLAH tiga bulan culas bayar sewa, malah penyewa sebuah kondominium tergamak menggunakan potongan hadis untuk renungan tuan rumah bagi menghalalkan perbuatannya itu.Perkara itu didedahkan individu bernama Yusnizam Yusoff di Facebook berdasarkan pengalamannya berdepan penyewa yang cuba berlagak alim kononnya dia ditindas.Difahamkan ia bermula selepas Yusnizam selaku tuan rumah meminta penyewa berkenaan mengosongkan kediaman miliknya.

“Tak salah nak ambil hak sendiri tapi encik Yusnizam dah menyusahkan kehidupan kami apabila terpaksa keluar sebab hilang tempat tinggal dan akan susah untuk bekerja.

“Sedangkan encik Yusnizam dapat harta duniawi yang sementara. Penyelesaian hutang mestilah selari dengan syariat Islam,” kata penyewa berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp.

 

Berlagak alim tapi culas bayar sewa
Posting asal luahan Yusnizam di Facebook.

Berdasarkan tangkap layar perbualan yang dikongsikan, penyewa tersebut turut berkongsi beberapa potongan hadis bagi menyokong hujahnya berhubung membantu orang yang dalam kesukaran.

Meskipun pemilik mengingatkan penyewanya bahawa sikap culas membayar sewa selama tiga bulan juga satu perbuatan yang menyusahkan, namun individu berkenaan tetap dengan pendiriannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Malah dia turut menyatakan sistem perundangan sedia ada lebih menyebelahi pemilik berbanding penyewa.

“Kalaulah undang-undang Malaysia dan syariat Islam ni menyebelahi hak pemilik lebih daripada hak penyewa, makin bersepahlah gelandangan dan golongan marhain tepi jalan.

“Makin bertambahlah isu penindasan daripada golongan kayangan,” katanya.

Susulan mesej yang diterima itu, Yusnizam menjelaskan situasi di halaman Facebooknya dan meluahkan kesukaran yang dialami.

Menurutnya, rumah yang disewa itu adalah jenis kondominium namun bayaran bulanan adalah sekitar RM900, lebih murah jika dibandingkan dengan harga pasaran di kawasan sama.

Malah kata Yusnizam, jumlah pinjaman yang perlu dilunaskan kepada bank setiap bulan termasuk kos penyelenggaraan adalah sekitar RM1,200.

“Dia tak bayar sebab alasan tertentu. Macam saya pula zalim, habis bank peduli masalah saya?

Berlagak alim tapi culas bayar sewa
Antara petikan hadis dan perbualan Yusnizam bersama penyewa.

“Rumah dia sewa ini, kondo… harga sewa RM900. Kawasan tu orang sewakan RM1,200, (termasuk) kadar bayar bank dan penyelenggararaan pun lebih kurang RM1,200,” luahnya.

Yusnizam juga berharap individu tersebut mencari rumah sewa yang sesuai dengan kewangan semasa berikutan terdapat banyak pilihan dengan harga RM400 hingga RM500 di kawasan sekitar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Dah tak mampu, buat cara tak mampu. Area ni banyak pilihan lain, RM400-RM500 rumah yang selesa pun ada,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Yusnizam juga menyatakan bahawa dia bukan meminta tunggakan bayaran sewa, sebaliknya meminta penyewa terbabit mengosongkan rumah.

Bagaimanapun, menyusuri Facebook milik Yusnizam, beberapa siri status yang dimuat naik berkaitan penyewa yang enggan keluar tersebut telah dipadam.

Dia yang langgar hukum agama dan undang-undang negara, buat-buat terpaling mangsa pula.

NETIZEN

Bagaimanapun perkongsian yang dibuat Yusnizam menjadi tular di media sosial sehingga turut disiarkan pemilik Twitter @meinmokhtar.

Rata-rata netizen turut terkejut dengan nasib yang menimpa Yusnizam dan kecewa apabila penyewa tersebut cuba berselindung di sebalik hal agama bagi mengelak daripada isu pokok iaitu culas.

“Ni pakai topeng apa? Tak salah nak guna ayat al-Quran, hadis segala bagai tapi tengok situasi… tak gentle cara macam ni.

“Dia yang langgar hukum agama dan undang-undang negara, buat-buat terpaling mangsa pula.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Semoga dijauhkan daripada golongan penunggang agama macam ni, berhujah ikut apa dia suka… kalau tak ada duit, at least kena ada rasa malu.

“Aku benci religion rider untuk tutup kesalahan sendiri.

Antara reaksi warganet yang geram melihat petikan hadis daripada penyewa terbabit.

“Ni betul-betul penunggang agama yang tak pakai helmet dan conner baring dekat jalan berpasir… berharap tak jatuh sebab Allah tolong,” ujar beberapa netizen.

Tidak kurang juga berkongsikan pengalaman berhadapan dengan situasi seumpama itu.

My mom pernah kena macam ni. Almost 5 months tak bayar dan buat dia macam owner pula… too many reports from jiran dan managementEnd up call police, rumah macam tongkang pecah!

“Aku pernah kena dengan penyewa dari neraka macam ni. Tiga bula lepas aku kena… dah tak bayar sewa, lepas tu ugut tuan rumah untuk repair rumah yang dia rosakan atau dia tak perlu bayar sewa langsung selagi tak repair.

“Satu ja nak cakap, kalau orang sewa tak bayar sebulan terus kick dari rumah. Jangan kesian sebab nanti mereka selesa tak bayar sewa untuk bulan-bulan seterusnya,” kongsi beberapa pelayar Twitter.

PH Bantah PRU Sebab Banjir, Tapi Sibuk Berkempen Bukan Buat Persiapan Banjir

Berlagak alim tapi culas bayar sewa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


PH Bantah PRU Sebab Banjir, Tapi Sibuk Berkempen Bukan Buat Persiapan Banjir

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker