Hari penentuan relevan atau tidak Umno

MKT perlu beri jawapan konkrit

Oleh – Bakhtiar Omar


Hari penentuan relevan atau tidak Umno

Malam ini Majlis Tertinggi Umno dijadualkan bermesyuarat selepas ditangguhkan pada 17 September. Masih relevankah Umno selepas mesyuarat MKT hari ini? Segalanya akan terjawap dan ahli Umno mahukan jawapan secara konsensus dan konkrit.



Selepas diasak dan dimomokkan sebagai ‘gila kuasa’ oleh sesetengah parti dan segelintir pemimpin Umno sendiri, wajarlah hari ini MKT Umno bertegas.

Adalah dikhuatiri sekiranya MKT Umno masih ‘bercanda’ dan tidak mendengar suara akar umbi, ahli Umno akan kecewa dan tidak lagi mempercayai Institusi Umno itu sendiri.

Malah, ahli Umno akan meletakkan kekalahan PRU15 keatas ‘Top 5’ yang dikatakan sering bertemu bagi mencari tarikh sesuai pembubaran Parlimen tetapi diakhiri dengan pelbagai alasan.

ADA PEMIMPIN UMNO SENDIRI UMPAMA DUIT SYILING, DEPAN LAIN BELAKANG LAIN

Hari penentuan relevan atau tidak Umno



Semangat untuk mengadakan PRU15 sebenarnya bukan sahaja dirasai ahli Umno tetapi rakyat marhein turut ternanti bilakah mereka berpeluang untuk membina semula sebuah kerajaan yang stabil seperti sebelum PRU14.

Umno tidak lagi boleh bertolak ansur dengan naratif yang dimainkan lawan setiap kali ditanya mengenai PRU15.

Perwakilan Umno dan parti telah bersetuju untuk bergerak secara ‘solo’ pada Pilihanraya Umum Ke-15, sepatutnya tiada lagi bolak-balik bermain dibibir pemimpin Umno itu sendiri.

Janganlah seorang pemimpin berkata lain manakala pemimpin lain menyanggah pula keputusan yang dipersetujui semua. Ini hanya memberi persepsi Umno itu sendiri sudah ada ‘kem tertentu’ yang ada hubungan dengan pihak lawan.



ADA YANG TERIKAT DENGAN PERJANJIAN PERSEFAHAMAN DENGAN PERIKATAN NASIONAL?

Ismail Sabri, Muhyiddin 'wajib' dedahkan keseluruhan perjanjian

 

Sudah ternyata negara memerlukan sebuah kerajaan yang tidak tunduk kepada ‘ugutan politik’ mana-mana pihak.

Perdana Menteri perlu mendengar keluh kesah rakyat yang kini berdepan dengan risiko ekonomi yang agak menekan.



Perlukah beliau menanti persetujuan pihak lain dalam kabinet hanya untuk menetapkan tarikh pembubaran Parlimen?

Kononnya Umno berpolitik 24jam tanpa mengambil kira kepentingan rakyat waktu banjir berlaku, tetapi jika dilihat, Umno paling kehadapan setiap kali berlaku musibah banjir.

Dimanakah mereka (pihak lawan) bila rakyat memerlukan bantuan? Jawapnya, mereka masih beretorik sambil menuding ke Umno kononnya lewat menghantar bantuan kepada mangsa banjir.

Cukuplah rakyat disogok pihak lawan mengenai keburukan Umno walaupun terbukti selama 6 dekad perjuangan Umno adalah untuk rakyat. 



Mereka perlu diberikan peluang bagi membetulkan semula keadaan dengan pembubaran Parlimen. Cukuplah ‘hukuman’ yang telah rakyat terima sepanjang tempoh 2018-2022 bila 3 Perdana Menteri bersilih ganti hanya kerana kerajaan tidak stabil.

Penafian – artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak menggambarkan pendirian MyTvOnline, segala komen adalah tanggungjawab individu.

Ismail Sabri, Muhyiddin ‘wajib’ dedahkan keseluruhan perjanjian

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button