Kapal China ceroboh perairan Jepun buat kali ke-27



Kapal China ceroboh perairan Jepun buat kali ke-27

Kapal China ceroboh perairan Jepun buat kali ke-27

ANKARA: Jepun mendakwa China menghantar kapal negara itu ke perairan wilayahnya di sekitar rantaian pulau yang dipertikai, lapor Agensi Anadolu.

Pegawai Pengawal Pantai Jepun, berkata tiga kapal Pengawal Pantai China memasuki perairan wilayah negara itu berhampiran Kepulauan Senkaku di Laut China Timur.

Menurut pihak berkuasa Tokyo, insiden itu merupakan pencerobohan ke-27 kapal China yang dikesan di perairan wilayah Jepun di luar pulau itu tahun ini.



Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihiko Isozaki, menyifatkan dakwaan pencerobohan itu sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan menyifatkannya ‘sesuatu yang amat dikesali dan tidak boleh diterima sama sekali’,” menurut Agensi Berita Kyodo.

Tokyo juga membuat bantahan terhadap Beijing berhubung pelanggaran undang-undang antarabangsa, kata Yoshihiko kepada pemberita.

Pengawal Pantai Jepun berkata, ia melihat kapal-kapal China berhampiran pulau kecil di Laut China Timur sejak dua minggu lalu.

 

Bot bersama 22 nelayan warga asing ditahan ceroboh perairan negara

Kapal China ceroboh perairan Jepun buat kali ke-27


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




PH Bantah PRU Sebab Banjir, Tapi Sibuk Berkempen Bukan Buat Persiapan Banjir

 

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker