CKJ Racing nafi tinggalkan Cub Prix

CKJ Racing nafi tinggalkan Cub Prix

CKJ Racing nafi tinggalkan Cub Prix
AKID (kiri) dan Afif akan kekal menjadi pertaruhan terbaik CKJ bagi menghadapi saingan musim hadapan.

PASUKAN CKJ Racing menafikan bahawa mereka akan meninggalkan arena perlumbaan dua roda terkemuka di Malaysia iaitu Kejuaraan Cub Prix Malaysia pada musim 2024.

Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan bahawa pemiliknya, Che Ku Jonaidi Che Ku Sin enggan lagi terlibat secara langsung dalam perlumbaan Cub Prix dan melepaskan jawatan itu kepada individu lain untuk menguruskan pasukannya itu.

Pengurus Operasi dan Teknikal Pasukan CKJ Racing, Amer Saad menjelaskan bahawa terdapat individu yang salah tafsir apa yang disampaikan dan pasukannya itu sama sekali tidak akan meninggalkan Cub Prix.

Tegas Amer, Che Ku hanya ingin memberi tumpuan kepada urusan kerja lain dan tidak mampu memberi sepenuh tumpuan sebagai pengurus pasukannya itu sepanjang pusingan perlumbaan musim depan.

“Benar sebelum ini Che Ku ada cakap dia mahu melepaskan jawatan sebagai pengurus pasukan sahaja dan bukannya mengenai soal pasukan meninggalkan Cub Prix. Kami masih terikat kontrak dengan penaja dalam tempoh agak lama serta beberapa penajaan lain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Adakah Kerajaan Akan Terus Biarkan Cubaan Merampas Kuasa Berlarutan


“Mungkin ada individu yang salah faham kerana pengumuman Che Ku adalah melepaskan jawatan selaku pengurus pasukan kerana memberi tumpuan kepada perniagaan lain.

“Bagaimanapun beliau masih lagi menjadi pemilik pasukan dan pasukan beroperasi seperti biasa. Malah, Che Ku dan pasukan sudah membuat dan mengatur perancangan untuk musim 2024 dengan baik dan juga kehadiran pelumba baharu dalam kelas CP150 dan juga rombakan pelumba dalam CP125 telah pon dibuat ,”katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Amer turut menegaskan pasukannya masih mencari calon sesuai untuk menggantikan tempat Che Ku Jonaidi sebagai pengurus pasukan.

CKJ mengekalkan dua pelumba terbaiknya iaitu Akid Aziz serta Ahmad Afif Amran dan mencari pelumba baharu bagi menggantikan tempat Izzat Zaidi Salehan yang sebelum ini terlibat dalam insiden kemalangan ngeri sewaktu perlumbaan Cub Prix Malaysia, di Iskandar Puteri tahun lalu.

CKJ Racing nafi tinggalkan Cub Prix

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker