MBSA nafi Datuk Bandar ditahan SPRM

MBSA sahkan Datuk Bandar Shah Alam dipanggil beri keterangan kepada SPRM
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor

Shah Alam: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan dakwaan berhubung penahanan Datuk Bandar Shah Alam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap tender projek tebatan banjir.

MBSA dalam kenyataan hari ini turut menafikan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor dibebaskan dengan jaminan RM50,000 oleh seorang penjamin.

“Untuk makluman , Datuk Bandar Shah Alam hanya dipanggil untuk membantu siasatan oleh pihak SPRM pada petang semalam (Rabu)

“Datuk Bandar Shah Alam kembali melaksanakan kerja seperti biasa di pejabat pada hari ini (Khamis).



“MBSA juga ingin menegaskan bahawa akan sentiasa sedia memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu melengkapkan siasatan dengan pihak SPRM,” demikian kenyataan yang dikeluarkan di Facebook rasmi MBSA hari ini.

Terdahulu media melaporkan seorang Datuk Bandar ditahan SPRM semalam bagi membantu siasatan terhadap tender projek tebatan banjir dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

Sumber yang mengesahkan tangkapan itu, berkata lelaki berusia lingkungan 50 tahun terbabit ditahan dalam usaha agensi itu melengkapkan siasatan terhadap penyelewengan berkenaan.

Menurut laporan itu, selepas keterangannya diambil, beliau dibebaskan dengan jaminan RM50,000 oleh seorang penjamin.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker