Sambutan Program Keretapi Sarong Jauh Lebih Meriah Berbanding Himpunan Selamatkan Malaysia

Sambutan Program Keretapi Sarong Jauh Lebih Meriah Berbanding Himpunan Selamatkan Malaysia

Sambutan Program Keretapi Sarong Jauh Lebih Meriah Berbanding Himpunan Selamatkan Malaysia

Tahniah kepada rakyat Malaysia, terutamanya anak muda yang telah menyambut Hari Malaysia dengan budaya sebenar masyarakat Malaysia.

Kredit juga patut diberikan kepada LOCCO, sbuah NGO yang telah bertindak menganjurkan program Keretapi Sarong sejak tahun 2017 lagi.

@501awani

Berbusana tradisional daripada pelbagai kaum serta etnik serta ‘berjoget lambak’ dengan berlatarbelakangkan lagu-lagu rakyat antara pengisian program Keretapi Sarong 2023 di KL Sentral. #KeretapiSarong23 AWANInews

♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

Dari video klip di atas, kita dapat melihat dengan jelas bagaimana generasi muda Malaysia sangat menghargai dan selesa dengan kepelbagaian kaum yang wujud di Malaysia.

Anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Kadazan dilihat tidak merasa malu untuk mempamerkan pakaian tradisi bangsa mereka.

Siapa kata anak muda di Malaysia sudah hilang jati diri dan asal usul?

Siapa kata anak muda di Malaysia rasis dan sering bersikap prejudis terhadap rakan sebaya mereka dari bangsa lain?

Realitinya, yang rasis dan prejudis adalah ahli politik tua yang merasakan mereka layak digelar sebagai pemimpin.

Pelbagai slogan dan cogankata untuk membakar semangat perkauman di kalangan rakyat mereka laungkan.

‘Selamatkan Malaysia’, apakah selepas 66 tahun bumi ini merdeka dari penjajah, rakyatnya masih belum selamat lagi?

Atau adakah selepas 60 tahun Malaysia dilahirkan, kehidupan rakyat masih lagi terancam?

‘Selamatkan Melayu’, cuba ahli politik tua tunjukkan kepada kita, di sudut mana di bumi Malaysia ini, bangsa Melayu ditindas atau dizalimi?

Kehadiran peserta dalam program Keretapi Sarong dianggarkan melebihi 10,000 orang, manakala kehadiran peserta dalam Himpunan Selamatkan Malaysia, dianggarkan cuma 850 orang.

Jelas, generasi muda sudah muak dan bosan dengan retorik politik dari di bawa oleh ahli politik tua.

Sekiranya benar-benar mahu selamatkan Malaysia, ahli politik tua yang kemaruk kuasa mesti berundur segera.

 

Sambutan Program Keretapi Sarong Jauh Lebih Meriah Berbanding Himpunan Selamatkan Malaysia

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker