Neymar nyatakan sokongan kepada Bolsonaro

Sao Paulo: Bintang bola sepak Brazil, Neymar menyokong pemilihan semula Presiden, Jair Bolsonaro apabila menunjukkan sokongannya dalam video TikTok sambil dia tersenyum dan menari mengikut rentak lagu kempen menjelang pilihan raya hujung minggu ini.

Sokongan Neymar secara terbuka hadir sehari selepas Bolsonaro melawat yayasan milik pemain Paris Saint Germain itu berdekatan Sao Paulo.

Neymar muncul dalam video berasingan menyambut Bolsonaro di yayasan itu, yang cuba mengejar mengejar bekas presiden, Luiz Inacio Lula da Silva, dikenali sebagai Lula, selepas mendahului dalam tinjauan pendapat menjelang undian pusingan pertama 2 Oktober ini.

Dalam video pendek TikTok, Neymar menyanyikan beberapa lirik daripada lagu tema kempen, menyeru memohon undi untuk Bolsonaro.



Pada acara sehari sebelumnya, Neymar mengucapkan terima kasih kepada Bolsonaro atas ‘lawatan yang mengagumkan itu’.

Neymar membantu Brazil membelasah Ghana dan Tunisia dalam perlawanan persahabatan menjelang Piala Dunia Qatar tahun ini, yang akan bermula pada akhir November.

Bolsonaro dengan pantas menyiarkan video sokongan Neymar di Twitter, mengaitkan pemilihan semulanya mampu untuk membantu Brazil meraih kejuaraan Piala Dunia kali keenam sekali gus melebarkan lagi rekod.

Lula juga mempertaruhkan sokongan selebriti untuk meningkatkan popularitinya.



Beliau disokong oleh bintang antarabangsa termasuk Mark Ruffalo, Roger Waters dan Danny Glover.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker