Peluang kerjaya bersama UiTM

UiTM mempelawa calon yang layak mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan sehingga hari ini, 30 September 2022)

Oleh Rohana Man

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan mengisi kekosongan jawatan akademik dan pentadbiran secara tetap atau kontrak.



Permohonan dibuka pada 12 September lalu dan iklan akan ditutup esok, 30 September 2022.

UiTM menawarkan empat jawatan akademik dan 34 jawatan pentadbiran dengan tangga gaji yang menarik.

Menurut kenyataan, permohonan jawatan itu hendaklah dibuat secara atas talian di Sistem ePengambilan Staf UiTM dan pemohon juga dikehendaki membeli pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan menggunakan nombor kad pengenalan.

Kaedah pembelian nombor pin BSN adalah melalui (www.bsn.com.my) “UiTM ePerjawatan”.



Pembelian juga boleh dibuat di kaunter cawangan BSN seluruh negara atau mesin ATM BSN atau Perbankan Internet BSN di https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

Jawatan kosong yang ditawarkan UiTM itu merupakan jawatan yang perlu diisi segera dan terdapat jawatan kosong yang meletakkan syarat permohonan berdasarkan kelayakan daripada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Diploma dan Ijazah.

Jawatan kosong yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Jawatan Akademik



1.Pensyarah UiTM Gred DM45

2.Pensyarah Kanan Gred DM51

3.Profesor Madya Gred DM53

4.Profesor Gred Khas C VK7



Jawatan Pentadbiran

1. Arkitek Gred J41

2. Pegawai Optometri Gred U41

3. Pegawai Penyelidik Gred Q41



4. Pegawai Sains Gred C41

5. Pereka Gred B41

6. Penerbit Rancangan Gred B41

7. Penolong Bendahari Gred W41



8 Penolong Pendaftar Gred N41

9. Pegawai Psikologi Gred S41

10. Pustakawan Gred S41

11. Juruterapi Pergigian Gred U29

12. Juruteknologi Pergigian Gred U29

13. Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29

14. Jururawat Gred U29

15. Penolong Pegawai Perubatan Gred U29

16. Penolong Pegawai Sains Gred C29

17. Penolong Jurutera Gred JA29

18. Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29

19. Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29

20. Pegawai Eksekutif Gred N29

21. Setiausaha Pejabat Gred N29

22. Juruteknik Komputer Gred FT19

23. Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19

24. Pembantu Keselamatan Gred KP19

25. Artis Budaya Gred B19

26. Jurufoto Gred B19

27. Pelukis Grafik Gred B19

28. Pembantu Makmal Gred C19

29. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

30. Pembantu Belia dan Sukan Gred S19

31. Kerani Gred N19

32. Pemandu Gred H11

33. Pembantu Operasi Gred N11

34. Pengawal Keselamatan Gred KP11.

Untuk makluman, UiTM merupakan sebuah universiti awam yang terkenal di Malaysia dan mempunyai cawangan di seluruh negara, menjadikannya universiti yang begitu pesat berkembang maju.

Pihak UiTM sentiasa komited dalam memberi pendidikan terbaik untuk anak bangsa dan tentunya peluang kerjaya di universiti berkenaan bakal memberikan pengalaman berharga kepada calon yang berjaya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button