Komen Alif Satar Mengenai Isu Alif Teega [VIDEO]

Allah Tutup Aib, Tidak Tahu Apa Akan Jadi Kalau

Komen Alif Satar Mengenai Isu Alif Teega [VIDEO]

Komen Alif Satar Mengenai Isu Alif Teega [VIDEO]
Komen Alif Satar Mengenai Isu Alif Teega [VIDEO]
Nama Alif Satar tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air. Alif merupakan seorang usahawan, pelakon, penyanyi, dan pengacara yang telah memenangi pelbagai award di Malaysia.

Anak sulung dari empat beradik itu, memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila menyertai pertandingan realiti One in a Million kemudian meneruskan kerjayanya dalam bidang pengacaraan.

Alif Satar juga banyak membintangi drama dan filem tempatan yang membuatkan namanya lebih dikenali ramai. Artis versatil ini senang apabila dihampiri peminatnya kerana sikapnya yag sangat ramah serta tidak sombong.



Alif Lain Punya Isu, Alif Satar Juga Yang Di Cari?

Baru-baru ini, tular mengenai pasangan pempengaruh di media sosial di Malaysia iaitu Aisyah Hijanah dan Alif Teega, apabila suaminnya mengaku telah berkahwin lain semasa isteri sedang sarat mengandung. Pasangan tersebut terkenal kerana, sering memberi nasihat serta motivasi buat pengikut mereka di laman media sosial sebelum ini.

Selepas dari pengakuan mengenai telah berkahwin dua, timbul pula isu lain apabia adik kepada Aisyah memberitahu, abang iparnya itu pernah memukul kakaknya itu serta  bersikap kasar. Alif Teega juga menepis hal tersebut dan tidak berdiam diri, dia akan mengambil tindakan undang-undang kerana telah memfitnahnya sebegitu walaupun ahli keluarganya sendiri.

Baru-baru ini, video yang tular di laman media sosial tiktok milik Hot FM, Alif Satar ditanyakan mengenai isu yang melanda pasangan pempengaruh ini. Alif Satar menjelaskan bahawa dia tidak layak untuk mengulas hal sebegini.

“Ini pun nasib baik Allah tutup aib Alif je, buka aib Alif maca mana? Alif pun tak tahu apa jadi esok lusa kat Alif, Alif taktahu”-kata Alif Satar



“So tak beranilah nak bagi tahu apa kat orang, kadang bila benda jadi ni dia lebih kepada reflect diri sendiri”-tambah Alif Satar

@hotfm976_

Komen @alifsatar mengenai isu influencer social media, Alif Teega. Semoga yang baik baik sahaja buat Alif Satar sekeluarga dan buat kita semua 🤍 #HotFM #AlifSatar #alifteega #aisyahhijanah

♬ original sound – Hot FM – Hot FM



Apa-apa pun, sama-sama kita doakan yang terbaik buat pasangan tersebut, semoga urusan mereka dipermudahkan. Di nasihatkan netizen agar tidak memberi komen yang negatif sehingga menghina pasangan tersebut.

Komen Alif Satar Mengenai Isu Alif Teega [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button