PH Bantah PRU Sebab Banjir, Tapi Sibuk Berkempen Bukan Buat Persiapan Banjir

PH Bantah PRU Sebab Banjir, Tapi Sibuk Berkempen Bukan Buat Persiapan Banjir

PH Bantah PRU Sebab Banjir, Tapi Sibuk Berkempen Bukan Buat Persiapan Banjir

Kemunafikan Pakatan Harapan (PH) sekali lagi terpapar dengan jelas dalam membahaskan isu penetapan tarikh PRU 15.

Sekali lagi PH cuba mengaburi mata rakyat dengan menggunakan alasan kononnya bimbangkan nyawa rakyat untuk menolak supaya PRU 15 diadakan tahun ini.

Alasan yang digunakan PH ialah desakan UMNO supaya PRU 15 diadakan tahun ini ibarat mahu membunuh rakyat.

Menurut PH, menjadi kebiasaan, pada penghujung tahun, Malaysia akan mengalami musim banjir dan adalah satu idea gila untuk mengadakan PRU 15 ketika rakyat sedang hadapi banjir.

PH juga mahu supaya Ismail Sabri tidak mengendahkan desakan UMNO tetapi sebaliknya menumpukan perhatian dalam persiapan menghadapi banjir.

Alasan yang digunakan oleh PH kalau didengar secara sepintas lalu, memang agak munasabah.

Tetapi realitinya, UMNO mahu PRU 15 diadakan pada bulan November dan METMalaysia memaklumkan negara akan menghadapi musim banjir seawalnya bulan Disember 2022.

Lebih menghairankan, tindakan yang sedang PH lakukan adalah bertentangan dengan apa yang mereka katakan.

Sekiranya benar PH bimbangkan dengan musim banjir yang akan melanda, sepatutnya PH juga membuat persiapan yang perlu untuk menghadapi banjir.

Perkemaskan jentera yang ada di setiap parlimen bagi mengenalpasti kawasan yang berpotensi mengalami banjir.

Mula mengumpulkan barang-barang bantuan seperti pakaian, makanan dan perubatan untuk diberikan kepada mangsa banjir.

Menyediakan peralatan menyelamat seperti bot dan khemah sebagai tempat perlindungan sementara mangsa banjir.

Bukankah kalau kita dengar cara PH membantah PRU 15 diadakan tahun ini, seolah-olah satu Malaysia akan ditenggelami banjir.

Sudah pasti banyak khemah diperlukan dan PH juga sudah boleh meneroka kawasan tanah tinggi di banjaran Titiwangsa untuk menempatkan mangsa banjir.

PH Bantah PRU Sebab Banjir, Tapi Sibuk Berkempen Bukan Buat Persiapan Banjir

Sudah boleh rasanya PH membuka bilik gerakan banjir di banjaran Titiwangsa sebab satu Malaysia akan ditenggelami banjir.

Tetapi, adakah PH membuat persiapan untuk menghadapi banjir?

Tidak sama sekali.

Yang sedang sibuk PH lakukan ialah membuat ceramah pilihanraya di seluruh Malaysia.

Mamaki hamun pemimpin UMNO, memfitnah pemimpin UMNO dan mengisytiharkan perang ke atas Barisan Nasional.

Bukankah PH bantah PRU 15 diadakan tahun ini dan mahu kerajaan tumpukan perhatian dalam membuat persiapan menghadapi banjir?

Itu hanyalah retorik PH sahaja rupanya dan sekali lagi rakyat dijadikan modal untuk menjayakan lakonan mereka.

Tetapi apabila tiba musim banjir, pemimpin PH yang dahulunya lantang bersuara tentang nasib rakyat akan hilang dari radar.

Dan rakyat akan dibiarkan bersendirian menghadapi banjir.

Satu-satunya parti yang akan bertungkus lumus membantu mangsa banjir dari dahulu hingga sekarang ialah Barisan Nasional.

Cukup-cukuplah kencingkan rakyat.

 

PH Bantah PRU Sebab Banjir, Tapi Sibuk Berkempen Bukan Buat Persiapan Banjir

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker