Retorik kosong GTA Mahu Martabat bangsa Melayu

 

Oleh Adam Malik

Kami diberi maklum dari sumber tertentu , bahawa Gerakan Tanah Air (GTA) akan membuat siri ceramah dan kempen menarik sokongan orang Melayu melalui banyak siri lagi sehingga PRU15.

Tema untuk pancing pengundi kali ni ada lah berkisar “Orang Melayu”.

Orang Melayu yang dianggap “pemalas’ oleh Tun Mahathir kini menjadi tumpuan untuk GTA meraih undi.

Bangsa yang suka meminta minta dan pemalas ini akan ‘rajin’ untuk dilawati oleh pihak GTA bagi meminta dan merayu undi dan sokongan.

Sebelum ni , pada satu majlis himpunan “Kongress Maruah Melayu” setelah perguna dan perbodohkan pihak tertentu untuk mengumpul orang Melayu , pada himpunan itu Mahathir telah mengambil kesempatan untuk menibai dan menyindir Melayu.

Maka , kali ini , pentaksub Mahathir cuba sekali lagi untuk menarik minat orang Melayu setelah orang bukan Melayu terutama nya orang Cina telah terpedaya dengan Mahathir,

Mahathir perdayakan mereka dengan janji memegang jawatan Perdana Menteri hanya dua tahun dan akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar Ibrahim.

Namun, Mahathir adalah Mahathir, kepentingan peribadi lebih utama dari segala gala nya.

Hanya yang diperlukan ada lah alasan.

Mahathir ‘tapau’ semua Pakatan Harapan dengan memungkir janji , dan Lim Kit Siang tidak tahu mana hendak sorok muka kerana telah berjanji dan yakin Mahathir tidak akan mungkir janji.

Kit Siang berjanji akan letak jawatan jika Mahathir tipu.

Akhirnya Lim Kit Siang jadi mangsa ‘scam” Mahathir.

Ia menjadi bualan masyarakat Cina betapa Mahathir tidak boleh di percayai dan LKS ada lah mangsa ‘scam” Mahathir.

Setelah menipu orang Cina melalui DAP , Mahathir tahu orang Cina telah menolak nya.

Kini, Orang Melayu pula menjadi sasaran Mahathir.

Puak Pemalas menjadi tempat pemijak Mahathir untuk naik keatas pada PRU15.

Ia bukan pun untuk kebaikan orang Melayu tetapi untuk kepentingan Mahathir.

Banyak perkara hendak dihalang , dilakukan dan ditutup , jika dapat menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

RCI Forex, RCI Batu Puteh , kes rasuah Zeti  kes Tommy Thomas yang boleh mendedahkan Mahathir , wang pulangan 1MDB dan macam2 lagi.

Janji Mahathir hanya satu tahun adalah umpama Lima tahun juga, kerana jika sudah berkuasa , macam2 boleh dilakukan.

Mahathir boleh cari alasan untuk “tapau” sebab dia masih lagi “Mahathir”.

Mahathir juga boleh lantik Perdana Menteri “remote control” untuk menaikan anak nya Mukhriz dan berkata

“Bukan saya yang lantik , tapi PM itu yang lantik”.

Kerana ini adalah “Mahathir’.

Ketika menjadi PM selama 22 tahun , pun Mahathir mengaku gagal bantu Melayu lalu persalahkan Melayu yang malas, bukan beliau yang salah.

Kini, menghadapi PRU15 , Mahathir pasti mencipta sesuatu isu untuk memberi gambaran bahawa Melayu terancam terdesak  demi mahu mereka berkerumun kepadanya.

Mencipta masalah , dan kemudian memberi solusi dirinya lah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah Melayu.

Mahathir mahu dirinya dilihat seperti ‘saviour’ atau “Knight in the shining armour” atau “calvary” yang datang membela puak ‘cowboy’ yang sedang di kepong oleh “Red Indian”.

Namun, melihat Mahathir dipentas politik hampir 40 tahun lebih, ia sekadar “Fatamorgana” sahaja.

Semoga orang Melayu berhati hati dengan GTA Mahathir.

Jika Lim Kit Siang yang sudah hampir 50 tahun lebih dalam politik pun boleh dipedayakan , apa lagi orang Melayu yang malas membaca dan malas memerhatikan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker