Seramai 14 dalang peras ugut video ghairah, bogel ditahan

Seramai 14 dalang peras ugut video ghairah, bogel ditahan
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain menunjukkan wajah 14 individu warga tempatan yang ditahan disyaki terlibat dalam sindiket pemerasan membabitkan ugutan penyebaran video bogel melalui media sosial ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Georgetown di sini.

Seramai 14 dalang peras ugut video ghairah, bogel ditahan

GEORGETOWN: Seramai 14 individu ditahan kerana disyaki terbabit dengan sindiket peras ugut penyebaran video bogel menerusi media sosial, dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM306,101.80.

Kesemua individu berusia 23 hingga 60 tahun itu ditahan menerusi operasi khas yang dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang pada 16 September lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata kesemua mereka ditahan di sekitar beberapa negeri iaitu Johor, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Katanya, siasatan yang dijalankan mendapati kesemua individu itu adalah pemilik akaun yang digunakan dalam sindiket.

“Bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu, sebanyak 76 laporan polis sudah diterima di seluruh Pulau Pinang membabitkan sindiket ini yang terdiri daripada 72 lelaki dan empat wanita yang mana seorang daripadanya adalah warga Indonesia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Kebanyakan mangsa bekerja sebagai penjawat awam, pekerja swasta, penganggur dan lain-lain dengan kerugian paling banyak membabitkan nilai RM69,000

“Berikutan penahanan individu berkenaan, pada masa ini kita percaya bahawa sebanyak 12 kes di Pulau Pinang dan masing-masing 27 kes di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan Johor juga berjaya di selesaikan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Menerusi operasi itu, polis turut merampas sebanyak 13 telefon bimbit pelbagai jenama, lapan kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan sebuah buku akaun.

Mengulas lanjut Mohd Shuhaily berkata, sindiket itu menjadikan individu yang melayari laman sosial sebagai mangsa dengan menawarkan perkhidmatan seks serta menggunakan aplikasi seperti WeChat, Facebook, Whatsapp, MiChat dan Line.

Katanya, mangsa akan diajak bagi membuat panggilan video serta mempamerkan aksi lucah selain memperdaya mangsa melakukan aksi ghairah yang dirakam tanpa sedar.

“Suspek yang ditahan terdiri daripada pekerja swasta, pelajar, penganggur dan suri rumah.

“Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai supaya tidak melanggan laman sosial berunsur maksiat atau persundalan supaya tidak menjadi mangsa terhadap aktiviti seumpamanya yang bijak memanipulasi kesalahan dengan mengugut mangsa.

“Mangsa juga perlu bijak menggunakan kecanggihan teknologi berikutan platform itu yang terbuka kepada aktiviti jenayah tanpa sempadan,” katanya.

Kesemua individu yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 284 Kanun Keseksaan, Seksyen 385 Kanun Keseksaan, Seksyen 424 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955,” katanya.

PH Bantah PRU Sebab Banjir, Tapi Sibuk Berkempen Bukan Buat Persiapan Banjir

Seramai 14 dalang peras ugut video ghairah, bogel ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


PH Bantah PRU Sebab Banjir, Tapi Sibuk Berkempen Bukan Buat Persiapan Banjir

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker