Wanita Pakistan tular culik budak didakwa

Wanita Pakistan tular culik budak didakwa
Video tular seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di Genting Highlands, baru-baru ini. – Foto tular

Wanita Pakistan tular culik budak didakwa

RAUB: Seorang warga Pakistan yang tular kerana dikatakan cuba menculik seorang kanak-kanak di Genting Highlands, baru-baru ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Pertuduhan ke atas Bibi Nasihat, 42, tidak dibacakan berikutan dia tidak memahami bahasa Melayu dan Inggeris serta tiada jurubahasa yang fasih dialek Pashto.

Hakim Ahmad Faizadh Yahaya kemudian menetapkan 1 November depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.

Terdahulu, pendakwaan dilakukan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Punitha, manakala tertuduh diwakili peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Semalam, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar dilaporkan berkata, wanita warga asing itu akan didakwa mengikut Seksyen 350 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tiga bulan dan denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Lelaki Myanmar cuba culik kanak-kanak empat tahun

Wanita Pakistan tular culik budak didakwa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


PH Bantah PRU Sebab Banjir, Tapi Sibuk Berkempen Bukan Buat Persiapan Banjir

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker