Agong, Raja Permaisuri berangkat pulang selepas lawatan 3 hari ke Labuan

Foto BERNAMA

LABUAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang hari ini selepas lawatan khas tiga hari ke Wilayah Persekutuan Labuan.

Pesawat khas membawa pasangan diraja itu berlepas pulang pada jam 10.06 pagi selepas ketibaan baginda berdua di Lapangan Terbang Labuan di sini, disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Hadir sama di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan ialah Datuk Anifah Aman, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abd Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar, Panglima Wilayah Udara 2 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Datuk Wan Amin Hafiz Wan Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail, Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila dan ketua jabatan kerajaan.

Pasangan diraja tiba di Labuan pada Jumaat lalu dan ia lawatan kedua baginda berdua dengan yang pertama pada 2019.

BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker