Warga emas maut terkena parang ketika tebang pokok nangka

Warga emas maut terkena parang ketika tebang pokok nangka

Warga emas maut terkena parang ketika tebang pokok nangka
Pokok nangka yang dipotong mangsa dan parang yang mengenai rusuk mangsa. – Foto PDRM.

MELAKA: ‘Senjata makan tuan’. Itu terjadi kepada lelaki warga emas yang maut akibat rusuk kanannya terhiris parang selepas terjatuh daripada pokok nangka di rumahnya di Batu 8, Kampung Paya Rumput, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, mangsa, Yap Ah Keo, 64, meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah ketika cuba berjalan untuk meminta pertolongan di hadapan rumahnya.

Beliau berkata, polis menerima laporan kejadian pada jam 11.15 pagi dan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Tanjung Minyak bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.



Hasil soal tanya terhadap isteri mangsa, polis dimaklumkan mangsa sempat berbual-bual di halaman rumah selepas mereka bersarapan sekitar jam 8 pagi.

“Mangsa kemudian memberitahu dia mahu memotong dahan pokok nangka di hadapan rumah yang didiami enam sekeluarga termasuk anak dan menantunya.

“Mangsa dikatakan memanjat tangga pada pokok setinggi kira-kira dua meter untuk menebang dahan menggunakan parang dibawa.

“Ketika menebang tiba-tiba dahan itu patah menghempap mangsa hingga jatuh bersama tangga,” katanya dihubungi di sini.



Christopher berkata, mangsa cuba bangun sebelum mendapati darah mengalir dari rusuk kanannya akibat terkena mata parang sepanjang 30 sentimeter itu.

Katanya, mangsa berjalan ke rumahnya untuk meminta pertolongan dan sempat mencuci luka di paip sambil memanggil isterinya.

“Selepas itu, mangsa dikatakan berjalan untuk masuk ke rumah, namun baru lima langkah dia rebah tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

“Mangsa tidak mempunyai sebarang penyakit dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat,” katanya.



Lima suspek buli direman

 

Warga emas maut terkena parang ketika tebang pokok nangka


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




PH Bantah PRU Sebab Banjir, Tapi Sibuk Berkempen Bukan Buat Persiapan Banjir

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button