‘Mommy rindu nak peluk cium, gomol abang’ – Ibu Zayn Rayyan

‘Mommy rindu nak peluk cium, gomol abang’ – Ibu Zayn Rayyan

'Mommy rindu nak peluk cium, gomol abang' - Ibu Zayn Rayyan
GAMBAR yang dikongsi Ismanira di Instagram.

Petaling Jaya: Sekeping gambar dikongsi Ismanira Abdul Manaf, 28, ibu kepada kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, di Instagram (IG) meruntun jiwa dengan pesanan buat ‘anak syurga’ itu supaya menunggunya di sana.

“Jumpa lagi ya abang. tunggu mommy tau abang. Mommy rindu sangat nak peluk cium dan gomol abang. Abang tetap anak sulung mommy sampai bila-bila tiada ganti.

“Maafkan mommy jika banyak kekurangan sepanjang membesarkan abang.” Itu tulisan dimuat naik Ismanira di IG miliknya bagi menggambarkan perasaan sedih atas kehilangan Zayn Rayyan.

Kanak-kanak itu ditemukan meninggal dunia, di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira 10 malam, Rabu lalu, selepas dilaporkan hilang lebih 30 jam.



Mangsa kemudian disahkan dibunuh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Ismanira turut meminta maaf kepada semua kerana tidak sempat membalas pesanan di WhatsApp atau panggilan telefon buat masa ini.

“Telefon saya dan suami masih lagi pihak polis pegang untuk membantu siasatan.

“Mohon maaf ya. Bukan saya ignore (tidak peduli), Instagram ini saya log in guna phone lain. Pinjam phone orang,” katanya.



Ismanira juga mengucapkan terima kasih kepada semua mendoakannya.

“Saya mohon semua doakan saya diberikan kekuatan. Saya masih lagi tak stabil emosi.

“Ini ujian paling berat dalam hidup Ya Allah tabahkanlah aku,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

‘Mommy rindu nak peluk cium, gomol abang’ – Ibu Zayn Rayyan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker