Antara Keikhlasan Rakyat Dan Keangkuhan Mahathir

Antara Keikhlasan Rakyat Dan Keangkuhan Mahathir

Mantan Perdana Menteri sebanyak 2 kali, Dr Mahathir, memang terkenal dengan sifat angkuh dan sombong.

Bagi Dr Mahathir, apa sahaja yang beliau fikirkan dan cakap adalah betul.

Tetapi apa juga pandangan dan lontaran pendapat orang lain adalah salah.

Dalam satu sesi soal jawab antara Dr Mahathir sebagai pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) dan anggota komponen parti GTA, sifat keangkuhan Dr Mahathir dapat dilihat dengan jelas.

Salah seorang penonton rancangan tersebut, Puan Fatini Yaacob dari PEMBELA, salah satu NGO yang menganggotai GTA telah meminta Dr Mahathir meminta maaf secara terbuka kepada bangsa Melayu.

Hujah Puan Fatini ialah tuduhan Dr Mahathir bahawa orang Melayu pemalas adalah satu tuduhan yang tidak benar.

Walau pun penulis agak tidak bersetuju dengan fakta yang dikemukakan oleh Fatini, namun secara dasarnya penulis bersetuju dengan pendapat Fatini bahawa orang Melayu bukan pemalas.

Fatini membawakan fakta kegemilangan yang pernah dikecapi oleh bangsa Melayu di sekitar abad ke 14 dan 15 sebagai fakta.

Penulis akui kebenaran fakta tersebut, namun bagi penulis, untuk kita bergerak ke hadapan, kita tidak boleh terus bernostalgia dengan sejarah kegemilangan bangsa kita di masa lalu.

Semangat perjuangan nenek moyang kita serta kegigihan mereka untuk mencapai kejayaan boleh kita jadikan sebagai pedoman.

Tetapi sikap terus berbangga dengan kejayaan silam bangsa kita yang sudah berlalu beratus tahun mesti dihentikan.

Orang Melayu Bukan Pemalas, Tetapi Mesti Di Beri Peluang Untuk Mencapai Kejayaan

Namun penulis sangat bersetuju apabila Fatini mengatakan bahawa orang Melayu sebenarnya bukan pemalas.

Banyak kejayaan anak bangsa kita di era ini boleh kita jadikan hujah.

Kalau kita melihat sekeliling, puluhan ribu anak bangsa kita yang sudah menjadi ahli profesional dalam pelbagai bidang.

Sebutkan sahaja bidang apa yang wujud di zaman ini, pasti ada nama anak Melayu yang menjadi pakar.

Perubatan, kejuruteraan, astrologi, ekonomi, pendidikan, antropologi, pengurusan dan pentadbiran serta lain-lain.

Bagaimana mereka boleh berjaya?

Selain dari usaha yang gigih, satu lagi faktor yang penting ialah kerana mereka diberi peluang.

Kadua-dua jawapan ini menjawab soalan Dr Mahathir, sekiranya beliau meminta maaf, apakah orang Melayu boleh berjaya.

Cuma satu soalan yang penulis ingin kemukakan kepada Dr Mahathir, apakah dengan Dr Mahathir terus bersikap angkuh dan enggan meminta maaf, kedudukan orang Melayu menjadi bertambah baik?

 

Antara Keikhlasan Rakyat Dan Keangkuhan Mahathir

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker