Arsenal belajar daripada kesilapan lalu

LONDON: Mikel Arteta yakin Arsenal kendaliannya sudah belajar daripada kekalahan aksi tetangga musim lalu di Tottenham, yang menyebabkan mereka tergelincir daripada kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.

The Gunners bertandang ke Stadium Tottenham Hotspur pada Mei lalu dengan harapan untuk mencatat kemenangan yang akan membawa mereka kembali ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Bagaimanapun skuad kendalian Arteta tewas 3-0, dengan Rob Holding dibuang padang pada babak pertama, sekali gus membolehkan Spurs memburu tempat dalam kelompok empat teratas liga.

Kedua-dua pasukan akan bertemu di Emirates malam ini, dan Arteta percaya Arsenal tidak akan mengulangi kesilapan sama.

“Ia konteks yang berbeza. Kami turun kali ini dengan situasi berbeza, daripada segi pemain yang ada, yang cedera, dan apa yang berlaku ketika perlawanan lalu.

“Anda belajar daripadanya, dan anda buka buku baharu. Setiap kekalahan meninggalkan parut.

“Ia pengajaran berguna dan saya harap pengalaman itu menjadikan kami pasukan lebih baik. Jika anda mahu beraksi di Liga Juara-Juara, anda perlu menangani tekanan ini.

“Hari itu kami tidak melakukannya, daripada skuad kami dan keputusan yang kami lakukan dalam permainan,” kata Arteta.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker