Ayam Pad Kra Pao & Teh Ais Thai

Ayam Pad Kra Pao & Teh Ais Thai
Ayam Pad Kra Pao & Teh Ais Thai

Ayam Pad Kra Pao & Teh Ais Thai

Kali ini kita ke Bangkok Thailand, mencuba menu street food yang tersangat famous di sana iaitu Pad Gaprao (atau Pad Kra Pao) Gai Kai Dao atau Ayam Stir Fry Daun Selasih dengan Telur Goreng.
Menu ini mudah saja nak sediakan tapi kena ada satu bahan paling penting iaitu daun selasih atau Thai holy basil. Kalau tiada, memang tak jadi dan memang Che Nom tak sangka lah dengan 1 bahan ni boleh ubah menu yang simple terus jadi special. Bau dan rasa peppery daun tu betul-betul menaikkan selera.
Ada rasa pedas, rasa bawang putih. Dipadankan pulak dengan telur goreng. Che Nom makan bersama dengan teh ais yang diimport dari Thailand.

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk ayam Pad Kra Pao:
    • 2-3 sudu besar minyak masak
    • 3 ulas bawang putih
    • 3-5 tangkai cili padi merah
    • 1 tangkai cili merah
    • 1 isi ayam bahagian dada
    • ½ sudu kecil lada sulah
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu besar kicap cair
    • 1 sudu besar sos ikan
    • 2-3 sudu besar kicap pekat manis
    • ¼ sudu kecil gula
    • 1 genggam daun selasih
    • 2 biji telur
    • minyak untuk menggoreng telur
  • Bahan-bahan untuk teh ais:
    • 2 sudu besar serbuk teh
    • ½ gelas air panas
    • 2-3 sudu besar susu pekat
    • 2 sudu besar susu cair
    • secubit garam
    • ketulan ais secukupnya

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk Ayam Pad Kra Pao:
    1. Tumbuk halus bawang putih, cili padi merah dan cili merah.
    2. Cincang isi ayam kepada ketulan kecil.
    3. Panaskan minyak dan goreng telur. Tak perlu alihkan telur dan angkat setelah sedikit garing.
    4. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk dan kacau hingga garing dan naik bau.
    5. Masukkan ayam yang dicincang, sedikit lada sulah, sos tiram dan kacau sebati.
    6. Masukkan kicap cair, sos ikan, kicap manis dan gula.
    7. Masukkan daun selasih dan tutup api. Lalu, kacau sehingga daun selasih agak-agak layu.
    8. Kemudian, hidangkan ayam pad kra pao bersama nasi panas dan telur goreng.
  2. Cara-cara untuk teh ais:
    1. Panaskan minyak bersama majerin hingga mendidih.
    2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung gandum. Tuang cairan minyak
    3. Masukkan serbuk teh dan air panas kedalam bekas.
    4. Biarkan larut 3-5 minit atau masakkan atas api untuk mendapatkan teh yang lebih pekat.
    5. Tapis air teh dan masukkan susu pekat dan susu cair.
    6. Tambah secubit garam kedalam air teh dan tarik air teh beberapa kali sehingga berbuih.
    7. Hidang dengan ketulan ais dan the ais Thai sudah siap.

 

Tip:

 

  • Jika mahu menggantikan isi ayam, boleh saja menukarkannya dengan daging atau daging kisar.
  • Untuk gorengan telur, gunakan minyak masak yang banyak dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan telur.

RESEPI Ayam Varuval

Ayam Pad Kra Pao & Teh Ais Thai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Mesyuarat Top5 Umno masih diselubungi misteri

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker