Jumlah kematian serangan bunuh diri di Kabul meningkat kepada 35 orang

KABUL – Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan meningkat kepada 35 orang.

Perkara itu dimaklumkan oleh misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Afghanistan.

“Jumlah individu terkorban akibat serangan itu meningkat kepada 35 orang manakala seramai 82 orang cedera dalam kejadian letupan tersebut,” kata misi PBB dalam kenyataan.

Setakat ini, polis Kabul mengesahkan seramai 20 orang maut dan 27 lagi cedera dalam letupan itu.

Tiada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu yang berlaku di Pusat Pendidikan Tinggi Kaaj.

Semalam, seorang pengebom berani mati melancarkan serangan ketika ratusan pelajar sedang mengambil peperiksaan di dewan pusat pendidikan itu yang terletak di daerah Dasht-e-Barchi, barat Kabul.

Letupan itu berlaku di kawasan kejiranan Dasht-e-Barchi yang mana majoriti penduduknya merupakan umat Islam Syiah, iaitu penempatan bagi komuniti minoriti Hazara.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker