Bukan masanya cari siapa salah

Bukan masanya cari siapa salah

Bukan masanya cari siapa salah
PEMAIN negara giat menjalani latihan untuk berdepan tugasan penting bertemu Bahrain, Sabtu ini. – FAM

KUALA LUMPUR – Peminat tempatan kini menanti penuh sabar untuk melihat pemain negara melunaskan janji bagi mendapatkan keputusan lebih baik pada aksi kedua Kumpulan E Piala Asia bertemu Bahrain di Stadium Jassin Bin Hamad, Sabtu ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sudah pun mengikat perjanjian dengan barisan pemain khususnya untuk mengembalikan keterujaan penyokong selepas tewas 0-4 kepada Jordan.

“Para pemain berjanji untuk bangkit pada perlawanan menentang Bahrain nanti dan sekurang-kurangnya kita perlu mendapatkan mata pada perlawanan tersebut untuk dibawa pulang.



“Kita harap pemain-pemain dapat memberikan saingan yang kuat menentang Bahrain ini dan insyaAllah para pemain akan memberikan persembahan sebaik mungkin. Sama-sama kita doakan pasukan Harimau Malaya dapat melakukannya, Sabtu ini,” katanya.

Sementara itu, tonggak pertahanan negara, Shahrul Saad mahu semua pihak bersatu hati dan memainkan peranan masing-masing bagi memastikan tiada lagi episod kecewa melanda Harimau Malaya.

“Dia (pengendali negara, Kim Pan-gon) minta maaf. Sebenarnya bukan salah dia, kita kalah satu pasukan Jadi kita kena terima keadaan ini dan saya masih lagi percaya kita mampu ubah keadaan ini untuk lawan Bahrain.

“Tak ada jalan lain yang kita ada, memang kemenangan sasaran utama kami. dan dia adalah jurulatih berpengalaman, jadi dia tahu cara bagaimana untuk pasukan bermain,” katanya. – KOSMO! ONLINE



Bukan masanya cari siapa salah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mungkin Ada Sinar Bila Keputusan Representasi Kes Rosmah Mansor Di Tangguh Lagi

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button