“Komen jejaskan parti, tindakan akan diambil” – Zahidi

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


"Komen jejaskan parti, tindakan akan diambil" - Zahidi

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Zahidi Zainul Abidin semalam mengesahkan tindakan akan diambil keatas sesiapa sahaja dalam Umno yang memberi komen menjejaskan parti dalam persediaan menghadapi PRU15.

Beliau berkata demikian semasa ditemui wartawan di lobi Menara Dato Onn selepas selesai mesyuarat MKT Umno malam semalam.

Beliau turut membayangkan pembubaran parlimen akan berlaku dalam tempoh terdekat namun tiada tarikh diberikan.



Umno semalam membuat keputusan memecat Dato Zaharin Yassin serta menggantung Datuk Seri Tajuddin Rahman dan Datuk Yusof Ismail dari Umno.

“kita bersedia pada bila-bila masa, takut parlimen akan dibubarkan, kita menyeru ahli parti supaya bersatu, jangan ada yang mempertikaikan parti” – Zahidi Zainul.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan MultiMedia turut mengulas kerjasama dengan PAS namun tiada butiran lanjut diperolehi.

“Six Million Dollar Man” digantung keahlian 6 tahun

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker