Kronologi karier politik Tajuddin Rahman

Kenali Tajuddin Rahman disebalik kontroversi

Oleh – Editor


Kronologi karier politik Tajuddin Rahman

Dilahirkan pada 14 Januari 1948, Tajuddin bin Hj Abdul Rahman mula berkecimpung dalam dunia politik seawal tahun 80an sebagai Ketua Pemuda Umno Pasir Salak 1982-1988. 

Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Seri Perak, Teluk Intan, kemudiannya melanjutkan pelajaran hingga menperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaya.

Menjawat jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pada 1986-1988, pernah dilarang menyertai Umno (Baru) ekoran dakwaan menyertai Semangat 46 selepas Umno diharamkan Mahkamah.



Bagaimanapun, Tajuddin diterima masuk ke Umno setelah tuduhan tersebut disahkan tidak berasas.

Kronologi karier politik Tajuddin Rahman

 

PERJALANAN POLITIK TAJUDDIN

Pilihanraya Umum 2004, Tajuddin mengalahkan  calon PAS, Ustaz Mustafa Shaari bagi kerusi (DUN) Kampung Gajah, Perak.

Pada 2008, bermula karier beliau sebagai Ahli Parlimen Pasir Salak selepas memenangi PRU 2008 mengalahkan calon PKR, Mustaffa Kamil Ayub dengan majoriti 2,688.

Mengalahkan calon sama pada 2013 dengan peningkatan majoriti 7,786 dan kemudiannya menang pada 2018 dengan majoriti 7,712 mengalahkan calon Pakatan Harapan dan PAS.



Dilantik sebagai Pengerusi FELCRA pada 2008, Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad pada 7 Mei 2020 tetapi meletakkan jawatan berikutan kontroversi kemalangan LRT.

KONTROVERSI 

Dipecat dari Umno pada 1995 kerana terlibat dalam skandal sehingga digelarkan ‘Six Million Dollar Man’.

Skandal melibatkan wang sejumlah RM6 juta untuk merebut jawatan Ketua Bahagian Umno Pasir Salak dari Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Diterima kembali ke Umno pada 1998 dan dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian Umno Pasir Salak tanpa bertanding pada tahun 2000.

Perkataan “don’t provoke provoke” dan “they kiss each other” dipopularkan Tajuddin kerana insiden melibatkan tren LRT.

Beliau banyak mengeluarkan kenyataan kontroversi selepas digugurkan dari Majlis Tertinggi Umno sehingga mengelirukan ahli Umno.

Semalam, MKT Umno memutuskan untuk menggantung keahlian Tajuddin selama 6 tahun kerana kesalahan mengikut Perlembagaan Umno.

“Six Million Dollar Man” digantung keahlian 6 tahun

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker