Banci Malaysia 2020 Lapor Pengguna Aplikasi X Catat Paling Ramai Di Malaysia

Banci Malaysia 2020 Lapor Pengguna Aplikasi X Catat Paling Ramai Di Malaysia

Banci Malaysia 2020 Lapor Pengguna Aplikasi X Catat Paling Ramai Di Malaysia
Banci Malaysia 2020 Lapor Pengguna Aplikasi X Catat Paling Ramai Di Malaysia

Baru-baru ini, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan dapatan berasaskan Banci Malaysia 2020 yang telah dilakukan sebelum ini dan berkongsi beberapa data menarik yang baharu.

Salah satu data adalah menyentuh berkenaan media sosial.

Mengikut Banci Malaysia 2020, WhatsApp merupakan platform media sosial dengan pengguna tertinggi di Malaysia, dimana 13.6 juta daripada 16 juta orang yang memberi respon menyatakan menggunakannya.



Ia diikuti oleh Facebook yang digunakan oleh 12.3 juta responden, dan seterusnya 39.2% (6.3 juta responden) mengatakan menggunakan Instagram.

Dalam pada itu, Telegram pula dikatakan digunakan oleh hanya 23.2% (3.7 juta orang) responden sahaja, sementara X oleh 11.7% responden (1.9 juta orang).

Tambahan, mengikut data, Johor Bahru mempunyai pengguna WhatsApp tertinggi, dan juga pengguna Facebook tertinggi di peringkat daerah.

Manakala, di Petaling, Selangor pula dilihat mempunyai pengguna Instagram dan X (Twitter) yang paling ramai.



Data bancian turut memperlihatkan peratusan lelaki melangkaui wanita dalam penggunaan Facebook, WhatsApp dan LinkedIn.

Sementara peratusan responden wanita melebihi lelaki dalam penggunaan platform Instagram, X (Twitter) dan juga Telegram.

Kredit: amanz



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button