MKT UMNO Masih Terpedaya Dengan Alasan Ismail Sabri?

MKT UMNO Masih Terpedaya Dengan Alasan Ismail Sabri?

MKT UMNO Masih Terpedaya Dengan Alasan Ismail Sabri?

Mesyuarat MKT UMNO yang diadakan lewat malam semalam masih lagi tidak dapat meredakan keresahan akar umbi UMNO di seluruh negara.

Dari maklum balas yang penulis terima, akar umbi menyambut kenyataan media yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO DS Ahmad Maslan, dengan nada kecewa.

Persoalan utama yang diajukan kepada penulis adalah, apakah MKT UMNO masih lagi terpedaya dengan alasan Ismail Sabri?

“Berapa kali nak kena tipu ni?”

“Sebelum ni dia (Ismail Sabri) cakap tak akan lewatkan walau sesaat, lepas tu cakap sedikit saja lagi, kali ni apa pula?”

“Yang MKT pula dah ketagih kena kencingkah?”

Bagi penulis, kekecewaan akar umbi sememangnya ada asas yang kukuh.

Sudah berkali-kali Ismail Sabri membohongi mereka dan juga kepimpinan UMNO mengenai tarikh untuk beliau mengadap YDP Agong untuk membubarkan parlimen.

Tetapi setiap kali beliau berjanji, maka setiap kali itulah beliau mengingkari.

Malah yang membuatkan akar umbi UMNO marah apabila melihat sikap Ismail Sabri yang seolah-olah bermuka-muka.

Di hadapan akar umbi UMNO beliau memberikan komitmen untuk akur dengan kehendak parti, tetapi di belakang akar umbi UMNO, lain pula ceritanya.

Kenyataan Media Ahmad Maslan Mengecewakan Akar Umbi

Lebih mengecewakan akar umbi UMNO apabila kenyataan media DS Ahmad Maslan dilihat seolah-olah MKT UMNO sekali lagi rela ditipu.

Ismail Sabri dilaporkan memberikan komitmen untuk mengadap YDP Agong, tetapi persoalannya bila?

“Minggu hadapan, bulan hadapan atau tahun hadapan?”, soal seorang akar umbi UMNO yang menghubungi penulis.

“Yang MKT UMNO pula, macam lembu dicucuk hidung, serahkan kepercayaan bulat-bulat kepada Ismail Sabri, pada hal dah banyak kali kena tipu,” tambah beliau lagi.

Penulis pernah memberikan peringatan kepada MKT UMNO dan presiden UMNO bahawa mesyuarat MKT UMNO kali ini bukan lagi masa untuk berlapang dada.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/09/29/mesej-akar-umbi-kepada-presiden-umno-30hb-bukan-hari-untuk-berlapang-dada/

Penulis juga pernah mengingatkan presiden UMNO, sekiranya keputusan mesyuarat MKT UMNO kali ini masih lagi tiada jawapan yang tuntas, kemarahan akar umbi akan beralih kepada presiden UMNO.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/09/15/gelombang-kemarahan-akar-umbi-umno-sedang-menuju-ke-arah-presiden/

Untuk mengelakkan kemarahan akar umbi UMNO kepada presiden UMNO, beliau mesti memastikan kali ini Ismail Sabri mengotakan janjinya.

 

MKT UMNO Masih Terpedaya Dengan Alasan Ismail Sabri?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker