4 sekeluarga maut, 2 parah nahas kereta dengan treler

4 sekeluarga maut, 2 parah nahas kereta dengan treler

4 sekeluarga maut, 2 parah nahas kereta dengan treler
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa dalam kereta Perodua Bezza yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Kulim Baling, Padang Meha, petang ini. NSTP/Insan Bomba

KULIM: Empat dipercayai sekeluarga termasuk seorang bayi maut manakala dua kanak-kanak parah selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Kulim Baling, Padang Meha, di sini, hari ini.

Mangsa yang meninggal adalah seorang lelaki dewasa berusia 32 tahun, wanita dewasa berusia anggaran 30 tahun dan 59 tahun serta seorang bayi perempuan berusia lingkungan lapan bulan.

Dua lagi mangsa iaitu kanak-kanak berusia lingkungan dua dan enam tahun dipercayai parah.



Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 4.06 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim tiba di lokasi untuk melakukan operasi penyelamatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




“Terdapat enam mangsa dalam kereta terbabit yang mana empat daripadanya dipercayai meninggal dunia selepas disahkan oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Rahim berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada komander operasi, kesemua mereka dipercayai tersepit di dalam kenderaan.

Bagaimanapun, mereka berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kulim dengan bantuan ambulans KKM manakala empat yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut



4 sekeluarga maut, 2 parah nahas kereta dengan treler


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button