SPRM mula panggil individu minggu ini

SERI ISKANDAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil dan merakam percakapan beberapa individu untuk membantu siasatan berhubung isu penjualan tanah untuk pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar bermula minggu ini.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad, berkata individu berkenaan turut membabitkan beberapa ahli lembaga pengarah beberapa jabatan berkaitan.

Mohd Fauzi berkata, pihaknya juga sudah mendapatkan beberapa dokumen berkaitan isu berkenaan.

“SPRM akan mula memanggil dan merakam percakapan saksi terbabit khususnya membabitkan ahli lembaga mesyuarat jabatan berkaitan yang sudah bersidang.



“Ia berdasarkan minit mesyuarat berkenaan bagi mendapatkan penjelasan masing-masing berhubung isu tanah yang dipertikaikan,” katanya dihubungi hari ini tetapi tidak menyatakan jumlah individu yang akan dipanggil.

Sebelum ini media melaporkan, empat bekas EXCO kerajaan Perak sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH) tampil meminta SPRM membuat siasatan berhubung isu penjualan tanah untuk tapak cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar.

Pengerusi AMANAH Perak yang juga bekas EXCO Perak, Datuk Asmuni Awi sebelum ini memaklumkan penjualan tanah berkenaan kepada syarikat swasta adalah di luar pengetahuan EXCO kerajaan negeri ketika pentadbiran PH.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker