Pertembungan Martinez-Haaland di Etihad



LONDON: Keyakinan Erik ten Hag terhadap pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez bakal diuji apabila berdepan penyerang Manchester City, Erling Haaland esok.

Haaland bermula cemerlang bersama City sejak menyertai juara Liga Perdana Inggeris itu dari Borussia Dortmund pada musim panas lalu.

Dengan 14 gol dalam sembilan perlawanan di semua pertandingan untuk City, penyerang Norway itu akan beraksi dalam pertemuan tetangga Manchester pertamanya.

Hanya sekali Haaland dinafikan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini, tetapi pengendali United, Ten Hag mungkin mempunyai formula untuk menyekat peledak berusia 22 tahun itu.



Ketika membimbing Ajax menentang Dortmund dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu, Ten Hag meneutralkan ketajaman Haaland dan memenangi perlawanan hasil penampilan cemerlang Martinez yang kini mengikutnya ke United.

“Kami tidak bermain menentang Haaland, kami bermain menentang Man City. Kami yakin dengan kemampuan kami.

“Jika beraksi sebagai satu pasukan, kami boleh menewaskan lawan. Kami perlu beraksi pada tahap terbaik, dengan perancangan yang bagus,” kata Ten Hag.

AFP





Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker