Polis minta jangan buat spekulasi kes culik ejen kosmetik

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai dan media agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes penculikan seorang ejen jualan kosmetik, yang berjaya diselamatkan dua hari lepas.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Bukit Aman, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan memberitahu, siasatan kes tersebut masih berjalan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan.

“Buat masa ini, siasatan masih berlangsung. PDRM memerlukan kerjasama untuk mengelak spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya dalam satu mesej ringkas kepada Astro AWANI, hari ini.



“Buat masa ini, siasatan masih berlangsung. PDRM memerlukan kerjasama untuk mengelak spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya dalam satu mesej ringkas menurut laporan Astro Awani.

Semalam, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan mangsa yang sebelum ini dilarikan ke Thailand berada dalam keadaan baik.

Beliau berkata, mangsa kini berada di Kuala Lumpur dan akan dibawa pulang dalam masa terdekat.

Mangsa yang berusia 36 tahun diselamatkan melalui kerjasama dan perkongsian maklumat dan perisikan antara PDRM dengan Polis Diraja Thailand yang berjaya mengesan lokasi mangsa di negara itu.
Tujuh lelaki tempatan ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes berkenaan dan mereka disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961.



Turut dirampas sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan untuk menculik mangsa.

Dalam kejadian 13 September lepas, mangsa diculik oleh beberapa lelaki dari rumahnya di Tumpat pada 5.10 petang.

Mangsa kemudian dilarikan ke negara jiran melalui pangkalan haram di Kuala Jambu, Tumpat ekoran penemuan kereta yang digunakan suspek.

© Astro Awani



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button