Polis selesai rakam keterangan Tommy Thomas

KUALA LUMPUR: Polis sudah selesai merakam keterangan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung buku bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang ditulisnya.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes itu.

“Tindakan itu diambil susulan laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang ditaklimatkan kepada Jemaah Menteri.

“Arahan yang disampaikan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) supaya siasatan lanjut segera dilaksanakan. Kertas siasatan yang sudah diperkemaskan akan dirujuk semula ke Pejabat Peguam Negara pada 3 Oktober ini untuk arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada awal tahun lalu, Thomas menerbitkan buku berkenaan namun menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak antaranya Jabatan Peguam Negara, peguam, ahli politik dan orang awam kerana didakwa mengandungi unsur hasutan, penghinaan dan fitnah.

Berikutan itu, polis menerima lebih 100 laporan terhadap Thomas berhubung penerbitan buku berkenaan.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker