Bekas pengarah AADK Melaka didenda RM3,000 kerana terima suapan RM400

Bekas pengarah AADK Melaka didenda RM3,000 kerana terima suapan RM400

Bekas pengarah AADK Melaka didenda RM3,000 kerana terima suapan RM400
Bekas pengarah AADK Melaka, Mohamad Yusof, (berkopiah hitam) didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan menerima RM400 untuk diri sendiri daripada seorang kontraktor tanpa balasan pada 2018.

MELAKA: Bekas Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka, Mohamad Yusof Kameh, 55, terlepas daripada hukuman penjara, apabila didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas kesalahan menerima wang tunai RM400 daripada seorang kontraktor tanpa balasan, empat tahun lalu.

Hakim, Elesabet Paya Wan, memutuskan hukuman itu selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan pilihan kedua pada sebutan kes itu, hari ini.

Dalam penghakimannya, Elesabet yang menimbangkan keseluruhan fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika ingkar membayar denda. Tertuduh membayar denda terbabit.



Berdasarkan pertuduhan pilihan itu, Mohamad Yusof sebagai Pengarah AADK Melaka (ketika kejadian) didapati menerima untuk diri sendiri wang tunai RM400 tanpa balasan daripada Budyarif Rahmat walaupun mengetahui ada kena mengena dengan tugas rasminya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat AADK Melaka, pada 22 Jun 2018 dan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, tertuduh menghubungi Budyarif dari Syarikat Mutiara Event Management & Supplies pada Mac 2018 dan bertanyakan sama ada dia membuat kerja mencetak dan membekal beg kertas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Perbincangan lanjut diadakan di pejabat tertuduh yang mana dia meminta Budyarif memberi wang RM400 bagi kegunaan AADK Melaka serta menyediakan sebut harga syarikat ‘dummy’ kerana kerja perbekalan itu kurang daripada RM5,000.



Tertuduh juga meminta Budyarif menaikkan sebut harga kepada RM4,630 daripada asal, RM4,230 dengan perbezaan RM400 adalah untuknya bagi program agensi itu.

Tiga sebut harga diserahkan oleh Budyarif kepada tertuduh yang memaklumkan syarikatnya dipilih bagi tawaran kerja itu serta membuat bayaran RM4,592 selepas ditolak EP RM37.04.

Pada 21 Jun 2018, Budyarif mengeluarkan cek tunai RM1,500 sebelum menyerahkan wang tunai RM400 diminta tertuduh di pejabat AADK keesokkan harinya pada jam 3.30 petang.

Untuk rekod, tertuduh pada 18 Februari lalu, didakwa atas empat pertuduhan utama mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu menerima suapan bernilai keseluruhan RM5,900 daripada seorang kontraktor bagi tender penyelenggaraan dan perbekalan antara 2017 hingga 2019.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda yang boleh sampai lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Tertuduh yang kini bertugas sebagai Timbalan Pengarah AADK Pulau Pinang juga didakwa atas empat pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, iaitu menerima untuk diri sendiri wang tunai berjumlah RM5,900 daripada individu sama, tanpa balasan.

Berikutan tertuduh mengaku pertuduhan pilihan kedua, Pegawai Pendakwa SPRM, Nur Syakila Yaacob, memohon kepada mahkamah supaya baki tujuh pertuduhan untuk “take into consideration (TIC)” mengikut Seksyen 171A Kanun Prosedur Jenayah dan dibenarkan oleh Elesabet.

Dalam hujahnya Nur Syakila memohon hukuman berat diberikan dengan mengambil kira faktor kesalahan serius dan kepentingan awam.

Peguam bela, Datuk Naran Singh, yang mewakili tertuduh, merayu agar anak guamnya tidak dipenjarakan, sebaliknya hanya dikenakan denda yang rendah.

Katanya, tertuduh menyesal dan insaf kerana kesalahan itu mencemarkan namanya yang berkhidmat cemerlang dalam AADK selama 30 tahun dan kini merancang untuk bersara awal.

 

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?

Bekas pengarah AADK Melaka didenda RM3,000 kerana terima suapan RM400


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker