Dua maut motosikal bertembung

Dua maut motosikal bertembung

Dua maut motosikal bertembung
Keadaan satu daripada dua motosikal yang bertembung di Kilometer 27 Jalan Gua Musang-Limau Kasturi di Gua Musang, malam tadi yang mengakibatkan dua lelaki meninggal dunia. – Foto PDRM

GUA MUSANG: Dua maut apabila motosikal ditunggang mereka bertembung di Kilometer 27 Jalan Gua Musang-Limau Kasturi, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam iu, dua lelaki berkenaan, masing-masing berusia 19 dan 21 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 10.05 malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 19 tahun dalam perjalanan dari arah Kampung Limau Kasturi menghala ke Kampung Jeram Tekoh. Apabila sampai di laluan dalam keadaan yang sedikit gelap, datang sebuah motosikal ditunggang lelaki berusia 21 tahun yang terbabas ke laluan mangsa pertama itu.

“Kedua-dua motosikal bertembung menyebabkan dua mangsa berkenaan maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini sambil memaklumkan, mayat kedua-dua lelaki itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 099121222 atau pegawai penyiasat, 013-3010408.

Dua maut motosikal bertembung

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker