“Six Million Dollar Man” digantung keahlian 6 tahun

Tajuddin pernah dipecat dari Umno

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


"Six Million Dollar Man" digantung keahlian 6 tahun

Majlis Tertinggi Umno semalam membuat keputusan untuk menggantung keahlian Datuk Seri Tajuddin Rahman dan Datuk Mohd Yusof Ismail selama 6 tahun.



Sebagai rekod, Tajuddin Rahman pernah dipecat berikutan skandal politik wang sebanyak RM6 juta pada 1995 sehingga digelar sebagai “Six Million Dollar Man”. Bagaimanapun, pada 1998 beliau diterima semula kembali kepada Umno.

"Six Million Dollar Man" digantung keahlian 6 tahun

Tajuddin, yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak seringkali dirundung kontroversi dan biasanya ia melibatkan perbalahan mulut di Parlimen.

“Saya dimaklumkan beberapa rakan MKT melalui panggilan telefon malam tadi. Setakat ini, belum ada makluman rasmi dibuat Ibu Pejabat UMNO,” – Yusof Ismail – Berita Harian 1 Oktober 2022



Manakala itu, Ketua Umno Aor Setar, Datuk Yusof Ismailmengesahkan beliau turut digantung keahlian bersama Tajuddin Rahman.

"Six Million Dollar Man" digantung keahlian 6 tahun

Seorang lagi individu, Datuk Zaharin Yassin telah dipecat dari Umno berkuatkuasa serta merta menurut kenyataan rasmi yang dibacakan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan dihadapan wartawan yang setia menunggu sejak petang semalam.

MKT Umno turut bersetuju agar PRU15 diadakan segera dan bagi mempercepatkan pembubaran Parlimen, YAB Perdana Menteri akan mempersembahkan tarikh cadangan pembubaran kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.



Pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan pada tahun ini juga. Berdasarkan keputusan ini, YAB Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button