Syamsul Buat Filem The Original Gangster, Yusof Haslam Enggan Komen



Syamsul Buat Filem The Original Gangster, Yusof Haslam Enggan Komen

Syamsul Buat Filem The Original Gangster, Yusof Haslam Enggan Komen

Sebelum ini, pengarah terkenal, Syamsul Yusof memuat naik poster di Instagram yang memaparkan filem The Original Gangster. Filem itu bakal diterbitkan Syamsul Yusof Films Sdn Bhd bersama Razor Edge Pictures.

 

Hak dia

Syamsul Buat Filem The Original Gangster, Yusof Haslam Enggan Komen

Ketika ditemui OhBulan!, pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam enggan memberikan sebarang komen tentang Syamsul yang bakal menghasilkan sebuah filem bukan di bawah terbitan Skop Production.

Saya tak nak komen hal-hal berkaitan dengan Syamsul. Itu hak dia. Saya tahu tentang hal ini pun lepas dengar-dengar daripada orang. Itu hak dia. Saya tak nak komen apa-apa.

Yusof ditemui di pementasan Teater Maduku Terpaling Kalut, di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Bandar Utama, pada Khamis.

Tukar tajuk

Dalam pada itu, Yusof, 68, menyatakan filem KL Gangster 3 tidak akan diteruskan. Bagaimanapun, dia tidak boleh mengulas lanjut kerana melibatkan hal anak-beranak.

Dan saya difahamkan juga, dia tak buat KL Gangster 3, dia tukar tajuk dan dia buat cerita ini lah. Tapi itu hak dia. Benda ni melibatkan anak-beranak, sensitif.

Filem The Original Gangster akan dibintangi oleh barisan pelakon hebat antaranya Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Sharnaaz Ahmad, Beto Kusyairy dan Yayan Ruhian.

Sumber: Instagram @syamsulyusoffilm

“Saya bukan gangster” – Adun Pengkalan Batu

Syamsul Buat Filem The Original Gangster, Yusof Haslam Enggan Komen

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Mesyuarat Top5 Umno masih diselubungi misteri

 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker