Ireland sedia iktiraf negara Palestin

Oleh – Syeikh Baran


Ireland sedia iktiraf negara Palestin
Menteri Luar Ireland Micheal Martin. – Foto REUTERS

Ireland akan memulakan usaha untuk mengiktiraf negara Palestin dalam beberapa minggu akan datang, kata Menteri Luar Ireland Micheal Martin, pada hari Selasa di Dublin.

Martin berkata beliau akan membawa cadangan rasmi mengenai pengiktirafan negara Palestin kepada kerajaan apabila ‘perbincangan antarabangsa yang lebih luas’ selesai.



“Jangan ragu, pengiktirafan negara Palestin akan berlaku,” katanya semasa berucap di Parlimen Ireland.

“Menangguhkan pengiktirafan tidak lagi munasabah atau boleh diterima lagi,” katanya.

Martin kemudian memberitahu laman berita tempatan, Jurnal, bahawa cadangan rasmi itu akan berlaku ‘dalam beberapa minggu akan datang’.

Katanya, sejak enam bulan lalu, beliau telah berbincang mengenai pengiktirafan Palestin dengan negara lain yang terlibat dalam inisiatif keamanan.



Bulan lalu, pemimpin Sepanyol, Ireland, Slovakia dan Malta berkata dalam satu kenyataan bersama bahawa mereka bersedia untuk mengiktiraf negara Palestin.

Ireland telah lama berkata ia tidak mempunyai bantahan pada dasarnya untuk mengiktiraf negara Palestin secara rasmi jika ia dapat membantu proses damai di Asia Barat tetapi perang di Gaza telah dorongan baharu kepada isu itu.

“Saya tidak ragu-ragu bahawa jenayah perang telah dilakukan oleh Israel dalam perang di Palestin dan saya mengutuk sama sekali pengeboman berterusan terhadap penduduk Gaza,” kata Martin.

Pengiktirafan kenegaraan ‘boleh menjadi pemacu untuk membantu penduduk Gaza dan Tebing Barat dan dalam mempercepatkan inisiatif damai yang dipimpin oleh negara Arab,” katanya. – AFP



Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button