Arsenal sekat langkah Tottenham

LONDON: Arsenal membuktikan potensi mereka sebagai pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini apabila menewaskan Tottenham Hotspur 3-1 di Stadium Emirates.

Skuad kendalian Mikel Arteta merakam tujuh kemenangan daripada lapan perlawanan, meletakkan mereka di puncak liga dengan kelebihan empat mata.

Thomas Partey meletakkan The Gunners di depan pada babak pertama aksi tetangga London Utara di Emirates itu.



Harry Kane menyamakan kedudukan menerusi penalti tetapi kesilapan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris selepas rehat membolehkan Gabriel Jesus kembali meletakkan Arsenal di depan.

Pertahanan Tottenham, Emerson Royal dibuang padang kerana mengasari Gabriel Martinelli sebelum jaringan Granit Xhaka memastikan Arsenal menebus kekalahan 3-0 musim lalu.

Arsenal turut menamatkan deretan 13 perlawanan tanpa kalah Tottenham dalam saingan liga.

“Mereka amat menakjubkan. Kami mencipta tenaga yang tinggi di dalam stadium dan berhak memenangi perlawanan ini,” kata Arteta.



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button