Dua Lelaki Lepas Tembakan Di Hadapan Rumah



Dua Lelaki Lepas Tembakan Di Hadapan Rumah
Dua Lelaki Lepas Tembakan Di Hadapan Rumah

Satu keluarga yang terdiri daripada seorang lelaki, isteri dan dua anak berdepan detik cemas apabila dua lelaki bermotosikal jenis Yamaha Y15 tanpa nombor pendaftaran telah melepaskan tembakan ke arah kediaman mereka di Sitiawan, Perak.

Tembak cermin kereta

 

Dua Lelaki Lepas Tembakan Di Hadapan Rumah

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, insiden tersebut dipercayai berlaku pada pagi Jumaat. Pada awalnya, seorang wanita yang mendiami rumah tersebut terdengar bunyi letupan namun dia tidak mengendahkannya sehinggalah dia keluar rumah sekitar 12:45 tengah hari. Ketika itu, baru dia sedari letupan tersebut berpunca daripada tembakan.

Polis kemudian tiba ke lokasi kejadian selepas menerima aduan daripada rakan kepada keluarga ini.

Hasil pemeriksaan dijalankan Bahagian Forensik (D10) Jabatan Siasatan Jenayah Perak mendapati terdapat kesan lubang pada bahagian cermin belakang kereta berkenaan dipercayai akibat terkena tembakan selain menemukan kelongsong peluru di tempat kejadian. Kepala peluru dijumpai di kawasan bonet belakang kenderaan terbabit.

Polis sedang mengesan dua suspek

Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati salah seorang suspek telah melepaskan satu das tembakan yang mengenai cermin belakang kereta milik mangsa. Suspek kemudian cuba melepaskan tembakan ke arah hadapan rumah namun gagal dipercayai disebabkan pistol suspek gagal berfungsi. Suspek kemudian melarikan diri.

Insiden itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa dan polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui motif suspek bertindak sedemikian. Tambah Mohd Yusri lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

6 remaja cedera tembakan berhampiran sekolah

Dua Lelaki Lepas Tembakan Di Hadapan Rumah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kronologi karier politik Tajuddin Rahman



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker