Imigresen tahan 164 disyaki terbabit sindiket penipuan dalam talian

Imigresen tahan 164 disyaki terbabit sindiket penipuan dalam talian

Imigresen tahan 164 disyaki terbabit sindiket penipuan dalam talian
FOTO BERNAMA

LANGKAWI: Jabatan Imigresen menahan 164 individu, termasuk 30 warga asing disyaki terbabit sindiket penipuan dalam talian, dalam serbuan di tiga pusat peranginan, di sini, hari ini.

Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 18 hingga 35 tahun, dengan warga asing berkenaan terdiri daripada 27 warga China, Thailand (dua) dan Myanmar (seorang).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, berkata operasi dilakukan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Putrajaya secara serentak kira-kira jam 12 tengah hari tadi susulan maklumat diperoleh daripada pemimpin tempatan dan masyarakat setempat.



“Hasil risikan selama enam bulan, Jabatan Imigresen berjaya mengesan kegiatan sindiket itu yang beroperasi di pusat-pusat peranginan belum dibuka kepada orang ramai selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

“Sindiket dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak kira-kira setahun lalu dengan pusat peranginan dijadikan pusat operasi dan tempat untuk melatih anggota baharu sebagai operator bagi kegiatan berkenaan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata, sindiket itu disyaki didalangi warga China dan turut merekrut warga tempatan untuk menjalankan kegiatan berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 


“Bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, mereka dipercayai akan berpindah dari satu tempat ke tempat lain, dengan menetap di satu-satu lokasi untuk tempoh antara tiga minggu hingga sebulan.



“Kos operasi sindiket itu dianggarkan sebanyak RM800,000 sebulan membabitkan gaji bulanan, penginapan, sewa dewan serta pelbagai kemudahan lain. Hasil siasatan juga mendapati warga Malaysia yang terbabit dibayar RM3,000 sebulan dan komisen sebanyak RM15 bagi setiap orang yang berjaya direkrut,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata, pihaknya turut merampas 756 telefon bimbit, 150 komputer dan komputer riba serta pelbagai peralatan elektronik lain yang disyaki digunakan untuk kegiatan berkenaan.

“Sebanyak 17 pasport warganegara China juga dirampas. Hasil semakan mendapati mereka menggunakan pasport baharu yang tidak mempunyai rekod perjalanan, selain pas rawatan perubatan, manakala selebihnya tidak mempunyai dokumen yang sah,” katanya.

Katanya, semua warga China berkenaan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966, manakala warga Malaysia terbabit pula akan diberikan Borang 29 dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap pemilik tiga pusat peranginan terbabit. – BERNAMA

“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

Imigresen tahan 164 disyaki terbabit sindiket penipuan dalam talian


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker