Mbappe muncul wira bantu PSG benam Nice



Paris: Kylian Mbappe masuk sebagai pemain gantian sebelum meledak gol kemenangan Paris Saint Germain (PSG) ketika mereka mengalahkan Nice 2-1 untuk merampas semula kedudukan teratas Ligue 1.

Pemain antarabangsa Perancis itu tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama oleh jurulatih, Christophe Galtier menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Benfica Khamis ini.

Aksi menentang Nice adalah satu daripada 11 perlawanan terpaksa ditempuh juara Perancis itu dalam tempoh enam minggu menjelang Piala Dunia.

Mbappe menggantikan pemain berusia 20 tahun, Hugo Ekitike, yang tampil dalam kesebelasan utama buat kali pertama dengan PSG namun bergelut untuk memberi impak.



Bagaimanapun, seorang lagi bintang, Lionel Messi yang mencuri tumpuan apabila meledak gol pendahuluan buat PSG pada minit ke-29 hasil sepakan percuma lencong menumpaskan penjaga gol Nice, Kasper Schmeichel.

“Saya sangat beruntung untuk melihatnya berlatih setiap pagi,” kata Galtier.

Ia adalah gol ke-60 Messi sepanjang karier melalui sepakan percuma namun yang pertama ketika menyarung jersi PSG.

“Kami tidak beraksi kurang hebat seperti sebelum ini cuma lawan sudah mula mengenali kami.



“Kami tidak akan mempunyai perlawanan yang luar biasa setiap kali atau menang 5-0. Adalah penting untuk mengetahui cara untuk menang 1-0 atau 2-1 dengan gol pada penghujungnya, seperti malam ini.

“Ia sangat sukar pada separuh masa pertama, kami tidak dapat mencari ruang untuk mencipta peluang. Nice menyekat kami tetapi sepakan percuma hebat Leo Messi menyelamatkan keadaan,” kata pertahanan PSG, Marquinhos.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker