Melayu bukan Kuda untuk Mahathir tunggang.



Oleh Adam Malik

Setelah PEJUANG hilang deposit baru Mahathir cari Melayu.

Soalan mudah untuk Gerakan Tanah Air dan PEJUANG,  selama dua puluh dua tahun dan dua puluh dua bulan  Mahathir jadi Perdana Menteri , Mahathir bawa agenda siapa ? atau agenda apa?

Ketika milik kuasa penuh dalam UMNO dan dalam kerajaan pun Mahathir tidak mampu martabatkan Melayu , apakah dengan kumpulan picisan2 yang  baru dikutip untuk gabung jadi GTA  boleh martabatkan Melayu?



Mahathir cuba “hoodwink Melayu dengan GTA

Mahathir akui gagal naikkan martabat Melayu atau perkukuhkan ekonomi orang Melayu ketika menjadi Presiden UMNO sekian lama , tapi sebab musababnya dia menuduh Melayu dan bukan salah dirinya walau pun berkuasa dua puluh dua tahun.

Benar juga kenyataan yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk Tengku Razaleigh Hamzah yang mendakwa Mahathir punca Melayu berpecah.

Ketika terjadi perebutan kerusi Presiden UMNO Mahathr vs Ku Li , Mahathir telah membiarkan UMNO diharamkan lalu menubuhkan UMNO baru supaya hampir separuh dari ahli UMNO yang dilihat sebagai Pro Ku Lu dihalang menjadi ahli UMNO Baru.



Mereka telah menubuhkan Parti Baru Semangat 46.

Kemudian apabila merasakan Anwar Ibrahim sudah menguggat kedudukan nya dan terlihat Anwar Ibrahim semakin popular dan diterima ahli UMNO , lalu Mahathir mencipta kes Liwat 1.0 berbekalkan tilam sahaja untuk penjarakan Anwar.

Mahathir juga memberitahu satu dunia melalui media elektronik bahawa dia telah menemu kesemua orang2 yang terbabit dan mendengar sendiri kenyataan mereka.

Namun , pada kes Azmin Ali , bebekal kan video, saksi pasangan dan cctv Mahathir tiba2 gagal untuk menghantar Azmin ke mahkamah atas alasan ‘tidak cam” dan ‘kabur’.



Akhirnya , orang Melayu yang Pro Anwar keluar UMNO dan tubuh parti bari Parti Keadilan Rakyat untuk menentang UMNO , sedangkan mereka sepatutnya menentang Mahathir.

Selepas dari ini , tertubuh pula parti Pribumi Bersatu oleh Mahathir kerana tidak dapat ‘perkudakan’ Presiden UMNO .

Maka , Melayu berpecah lagi.

Tidak henti disitu , Mahathir pecahkan lagi Melayu dengan menbuhkan parti PEJUANG pula untuk memecahbelahkan orang Melayu dari Parti Bersatu pula.



Bukan sahaja Mahathir memecahbelahkan Melayu bahkan memecahbelahkan penyokong sendiri.

Ada yang masih bersama UMNO  , ada yang terus bersama Bersatu ada yang sudah bersama PEJUANG.

Jika penyokong dan pentaksub pun berpecah apalagi antara  orang Melayu.

Orang jahil akan dengar kata2 Mahathir, orang bijak akan nilai Tindakan nya.

Dan , Tindakan Mahathir selalu berlawanan dengan kata2 nya.

Kini, bersungguh2 lah PEJUANG bertopengkan GTA mahu memikat orang Melayu untuk Mahathir.

Mereka yang masuk dalam gabungan Mahathir pula sekadar alat sahaja.

Mahathir tiada agenda bertulis tentang mahu martabatkan Melayu , Mahathir hanya ada “retorik’ kosong , nasihat , kenyataan dan pendapat sahaja.

Mahathir terdesak untuk hadapi PRU15.

Banyak yang Mahathir hendak kambus, halang dan tutup,

Orang Melayu Johor sudah bagi telur ayam kepada Mahathir pada PRN yang baru berlansung , berkemungkinan seluruh negara akan ikut sama.

Melayu sudah ‘Malas” hendak layan Mahathir.

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker