Parlimen bubar atau tidak sebelum belanjawan?

PH, PN paling takut PRU15 diadakan tahun ini

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Parlimen bubar atau tidak sebelum bentang belanjawan?

 

Tarikh sebenar pembubaran Parlimen menjadi tanda tanya samada pembentangan Belanjawan 2023 berjaya atau tidak dilakukan mengikut jadual.

Ramai pemerhati politik berpendapat, Belanjawan 2023 ada kemungkinan tidak berjaya dibentangkan berikutan krisis yang berlaku sekarang.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM, antara yang lantang mengkritik kepimpinan Ismail Sabri apabila Presidennya, Muhyiddin Yassin secara terbuka menyatakan kerajaan Keluarga Malaysia gagal.



Ini memberi petunjuk Perikatan Nasional yang dipengerusikan Muhyiddin juga berkemunkinan tidak akan menyokong Belanjawan 2023 sebagai tanda protes terhadap kerajaan.

Parlimen bubar atau tidak sebelum bentang belanjawan?

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara turut menyelar kerajaan yang lambat bertindak melaksanakan syor yang dikemukakan MPN. Umpama ‘menabur garam di luka’, tindakan Muhyiddin hanya memburukkan hubungan dua hala dalam Keluarga Malaysia.

Perlu diingatkan, sebahagian Menteri dan Timbalan Menteri dalam kabinet hari ini merupakan warisan dari ‘Kerajaan Gagal’ Muhyiddin Yassin selama 17 bulan.

Dalam pada itu, Pakatan Harapan memberi bayangan mereka turut tidak akan menyokong Belanjawan sekiranya tuntutan mereka tidak dituruti. Malah, Rafizi pernah mengancam mahu menyumbat Ismail Sabri ke penjara sekiranya parlimen dibubarkan pada musim banjir.



“Tindakan mengisytiharkan perang terbuka memaparkan kerajaan sedia ada sebagai rapuh dan mungkin jatuh pada bila-bila masa.

“Kenyataan Muhyiddin menjadi petunjuk tiada jaminan parti itu (Bersatu) akan menyokong Bajet 2023, yang dijangka dibentang pada 7 Okt,” – P Waytha Moorthy 

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke juga memberi amaran, rakyat akan menghukum kerajaan sekiranya meneruskan hasrat membubarkan parlimen dalam tempoh terdekat.

Apa yang dikhuatiri oleh Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional sekiranya Parlimen dibubarkan tahun ini? Mengapa PPBM juga gusar? Jawapannya, PPBM juga berakar umbi dari PH dan mereka turut bertanggungjawab atas semua masalah yang timbul selepas Mei 2018.

Ada pendapat menyatakan PH dan PN sebenarnya gusar kerana mereka tidak mempunyai isu besar untuk dijadikan modal kempen PRU.

Ditambah dengan kegagalan manifesto PRU14, rakyat sudah bijak menilai selepas memberikan kepercayaan kepada PH pada 2018.

Pulangkan mandat kepada rakyat segera untuk membolehkan negara pulih.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker