Russia tidak akan henti `jajah’ Ukraine

Russia tidak akan henti `jajah’ Ukraine

Russia tidak akan henti `jajah’ Ukraine
VLADIMIR Putin sedang berucap sambil disaksikan orang ramai menerusi skrin video besar secara langsung di Dataran Merah di Moscow. – AFP

MOSCOW: Russia dilihat tidak akan menghentikan operasi ketenteraan di Ukraine dalam masa terdekat biarpun sudah menduduki empat wilayah negara itu.

Berdasarkan ucapan lantang Presiden Vladimir Putin, beliau berjanji Moscow akan tetap menang dalam operasi ketenteraan khas di Ukraine walaupun dikatakan berpotensi mengalami kegagalan yang besar.

Putin memberi isyarat bahawa beliau bersedia untuk meneruskan perjuangan greater historical Russia (kegemilangan Russia).

Malah, beliau juga mengecam Barat seolah-olah mahu memusnahkan Russia selain menuduh Washington dan sekutunya meletupkan saluran paip gas Nord Stream.



Menurut Putin, empat wilayah Ukraine iaitu Donetsk, Luhansk, Kherson dan Zaporizhzhia yang kini menjadi sebahagian Russia, membuat pilihan bersejarah.

“Mereka memilih untuk bersama rakyat dan tanah air mereka serta mahu menang bersama. Kebenaran berpihak kepada Russia.

“Kami akan mempertahankan negara ini dengan segala kekuatan yang ada pada kami,” katanya dalam satu majlis besar di Kremlin.

Pengisytiharan pemerintahan Russia ke atas 15 peratus daripada keseluruhan Ukraine disifatkan yang terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.



Ukraine dan negara-negara Barat menolak tindakan Russia itu secara terang-terang kerana menyalahi undang-undang.

Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Britain pula mengumumkan sekatan baharu ke atas Russia.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, pihaknya sudah mengemukakan permohonan untuk menyertai pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Malah, beliau menegaskan tidak akan sesekali mengadakan rundingan damai dengan Russia selagi Putin masih menjadi presiden. – REUTERS



Kronologi karier politik Tajuddin Rahman

Russia tidak akan henti `jajah’ Ukraine


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kronologi karier politik Tajuddin Rahman




 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button