Kes Rasuah Zeti dan Nazlan -“Ke Mana Mahathir?“

 

Oleh Adam Malik

Dalam cubaan mengalih perhatian terhadap kes semakan Datuk Seri Najib Razak hari ini, yang mana berkemungkinan besar beliau sendiri sudah ketahui keputusan nya, Tun Mahathir cuba perbodohkan orang UMNO lagi dengan kisah dongeng nya.

Dalam cubaan membantu puak yang digelar “Broker’ merampas kuasa dari kepimpinan UMNO , Mahathir cuba menghasut orang UMNO dengan tulisan umpama rekod usang dibawah tajuk “Ke mana umno”.

Yang sangat menggelikan hati apabila Tun Mahathir cuba jadi kan kes yang direkab sendiri terhadap Najb Razak dan Zahid Hamidi  sebagai ‘yardstick’ kekalahan UMNO kerana umpama ahli UMNO diterajui oleh pemimpin yang bawa kekalahan.



Tun Mahathir secara sia sia menulis rentetan kekalahan UMNO semenjak pru14 sehingga  pru15 dan cuba kaitkan kekalahan UMNO ada lah akibat Najib dan Zahid.

Dua Presiden yang tidak dapat dibodohkan oleh Mahathir.

Sambil itu Tun Mahathir terlupa parti yang dia wakili nya kehilangan deposit walaupun Mahathir tiada kes mahkamah.

Ini bermakna tanpa ada kes mahkamah pun rakyat sudah jijik dan meluat dengan Tun Mahathir sehingga hilang deposit semenjak parti nya ditubuhkan sehingga pru15.



Itu lah Mahathir. Jenama usang yang cuba alih perhatian kepada UMNO.

Kekalahan umno pada Pru15 atas sebab fitnah dan hasutan Mahathir sendiri berkenaan kes 1MDB dan fitnah fitnah nya yang lain.

Pada Pru15 ia juga ulangan benda sama ia itu fitnah dan kes rekaan Mahathir terhadap Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dengan dibantu talibarut dari UMNO yang Mahathir selamatkan dari kes mahkamah.

Yang Mahathir selamatkan ini dikerah untuk menggodam UMNO dan menyusahkan Presiden dan parti UMNO.

Ia dikenali dengan Kluster Broker atau pengkhianat.

Orang UMNO sudah lali dengan tipu helah Mahathir dan kini sedang lihat apa talibarut Mahathir dalam umno akan lakukan untuk tukar kepimpinan setelah Perhimpunan Agung UMNO menolak diadakan pemilihan untuk jawatan “Top 2”.

Dalam hal yang sama , rakyat dan ahli UMNO masih tunggu apa komen Mahathir berkenaan kes Rasuah terbesar negara yang membabitkan kroni Mahathir ia itu Tan Seri Zeti Aziz yang masih belum dibuka buka lagi sehingga hari ini.

Selain itu kes rasuah babitkan Hakim Mohd Nazlan Ghazali juga dinanti nantikan oleh rakyat.

Dimana masalah nya untuk mendakwa kedua orang yang ada kaitan dengan Mahathir?

Tidak perlu lah Tun Mahathir sibuk lagi dengan urusan UMNO jika pilihan ahli UMNO boleh tewaskan UMNO pada Pru16 akan datang , bukan kah itu yang Mahathir sukai?

Kenapa perlu menyibuk siapa orang UMNO pilih?

Mahathir Ada kepentingan dalam UMNO kah?

Mungkin tidak salah jika ahli UMNO yang celik sudah tahu semua kerja kerja tidak senonoh ini ada campurtangan Mahathir perguna Kluster Broker dan pihak ketiga.

Apa pun dari apa yang dapat dilihat, tidak ramai peduli apa yang Tun Mahathir tulis lagi dan dianggap setara sampah sahaja kerana tiada ‘substance’ pada tulisan Mahathir, ini kerana rasuah Zeti dan Nazlan pun Mahathir gagal dakwa dan gagal mendesak untuk didakwa,

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker