Tragis bapa pulang lihat anak kaku

2 beradik maut terkena renjatan elektrik ketika mandi



Tragis bapa pulang lihat anak kaku
Dua beradik maut dalam kemalangan elektrik ketika mandi di rumah. -gambar hiasan

Tragis bapa pulang lihat anak kaku

DUA beradik lelaki berusia sembilan dan 10 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mandi dalam besen di perkarangan rumah mereka di Kampung Teras Jernang di Sepang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku pada Jumaat (30 September).

“Kedua-dua mangsa adalah anak kedua dan ketiga daripada empat beradik.



“Bapa mangsa yang merupakan peniaga kedai makan memaklumkan kedua-dua anaknya mandi dalam sebuah besen sebelum dia keluar ke kedai membeli barang keperluan.

“Bagaimanapun, apabila bapa mangsa pulang ke rumah, dia mendapati kedua-dua anaknya tidak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Wan Kamarul Azran berkata, polis menerima panggilan daripada kakitangan Hospital An Nur, Bandar Baru Bangi memaklumkan menerima dua kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik.

Menurutnya, selepas bantuan pernafasan diberikan pihak hospital, kedua-dua kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia.



Wan Kamarul Azran berkata,Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat pengesahan mengenai punca arus elektrik yang mengalir dari besi penyidai baju.

“Pihak TNB mengesahkan berlaku geseran dari wayar tepi rumah terus ke zink rumah yang mana menyebabkan wayar itu luka dan arus elektrik mengalir melalui besi penyidai baju.

“Kedua-dua mangsa terkena renjatan elektrik apabila bersentuhan dengan besi penyidai baju yang berada di tempat mandi.

Kronologi karier politik Tajuddin Rahman

Tragis bapa pulang lihat anak kaku

DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Kronologi karier politik Tajuddin Rahman



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker