Ular sawa dalam mesin basuh di dobi

JOHOR BAHRU: Seorang pelanggan pusat dobi layan diri menemui seekor ular sawa berukuran 1.8 meter seberat 20 kilogram dalam mesin basuh di premis berkenaan di Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Suhaimi Mohd. Jamal, berkata pelanggan kemudian melaporkan kejadian itu kepada pemilik premis yang kemudian menghubungi anggota bomba.

Katanya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan itu pada jam 9.41 pagi.

“Menurut komander operasi, mereka menemukan seekor ular sawa berukuran 1.8 meter seberat 20 kilogram yang berada di dalam mesin basuh di kedai itu.

“Anggota di lokasi menangkap ular berkenaan dengan menggunakan penjerut dan dilepaskan di kawasan jauh dari penempatan orang awam,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Suhaimi berkata reptilia yang ditemui itu tidak berada dalam keadaan agresif ketika cuba ditangkap.

BHOnline

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker