4 Cara Untuk Menjimatkan Wang Ketika Melakukan Pembelian dan Transaksi Antarabangsa

Jom Belajar 

4 Cara Untuk Menjimatkan Wang Ketika Melakukan Pembelian dan Transaksi Antarabangsa

4 Cara Untuk Menjimatkan Wang Ketika Melakukan Pembelian dan Transaksi Antarabangsa

Pernahkah anda terkejut melihat penyata kad kredit anda pada hujung bulan selepas membeli sesuatu dari kedai dalam talian antarabangsa?

Adakah caj keseluruhan yang dikenakan ke atas kad kredit anda kelihatan tidak sama jumlahnya dengan yang anda lihat semasa semakan akhir?

Di sini BCW Global kongsikan beberapa cara bagaimana akaun dan kad mata wang asing boleh membantu memudahkan hidup anda.

Berbelanja Dalam Mata Wang Tempatan Apabila Membuat Pembelian Antarabangsa

4 Cara Untuk Menjimatkan Wang Ketika Melakukan Pembelian dan Transaksi Antarabangsa
via WSAV TV

Cara terbaik bagi menangani perkara ini ialah dengan memilih untuk membayar dalam mata wang negara di mana anda membeli.

Di sinilah akaun mata wang asing anda akan memainkan peranannya. Membayar seperti orang tempatan untuk menjimatkan fi tambahan dan mendapatkan kadar tukaran yang lebih baik!

Kawal Kewangan Anda Apabila Melancong Ke Luar Negara

Jika anda bercadang untuk melancong ke luar negara, mempunyai kad mata wang asing akan membantu anda berbelanja dalam pelbagai mata wang tidak kira di negara manapun anda berada, dengan kadar tukaran yang lebih baik, dan biasanya lebih rendah daripada bank tradisional anda.

Menurut BCW Global, anda juga dapat berbelanja seperti orang tempatan kerana anda boleh menggunakan kad itu untuk mengeluarkan wang daripada akaun mata wang asing anda di ATM di seluruh dunia.

Mendapat Bayaran Seperti Orang Tempatan Walaupun Dari Pelanggan Luar Negara

Perlunya ada akaun mata wang asing, yang membolehkan anda menerima gaji dan pembayaran invois dalam mata wang tempatan mereka, yang boleh ditukarkan ke mata wang tempatan anda untuk digunakan.

Maka tiada lagi fi bank yang tinggi atau kadar tukaran wang yang tidak adil untuk kedua-dua belah pihak!

Menguruskan Aset Luar Negara Anda Dari Jauh

4 Cara Untuk Menjimatkan Wang Ketika Melakukan Pembelian dan Transaksi Antarabangsa
via Azurredgo

Jika anda membeli aset sebagai pelaburan dan menjadikannya sebagai Airbnb atau ruang acara untuk disewa. Satu pilihan yang bagus untuk menguruskan aset begini ialah dengan memiliki akaun mata wang asing.

Di sini anda boleh membayar dan menerima bayaran dalam mata wang tempatan, dan kemudian menukarnya ke dalam mata wang yang anda inginkan apabila mendapat kadar tukaran yang baik.

Ia mempermudahkan urusan dan memadamkan kerumitan pengurusan aset —  selain menjimatkan wang.

Nazlan tidak berani jawap dakwaan transaksi wang?

4 Cara Untuk Menjimatkan Wang Ketika Melakukan Pembelian dan Transaksi Antarabangsa

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker