Lagi laporan salah laku naib ketua pemuda

Oleh – Syeikh Baran


Lagi laporan salah laku naib ketua pemuda
Gambar Hiasan

Tiga lagi laporan polis telah dibuat susulan penahanan seorang lelaki tempatan di sini yang disyaki meliwat remaja lelaki berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, ia menjadikan keseluruhan lima laporan polis membabitkan suspek yang dipercayai naib ketua pemuda sebuah parti politik di daerah itu yang melibatkan enam mangsa.

“Pendakwaan dijangka dibuat pada esok di Mahkamah Kota Tinggi,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Terdahulu, Abdul Razak dilaporkan berkata, suspek lelaki warga tempatan berusia 30-an itu ditahan reman bermula semalam hingga esok.

Katanya, pihaknya menerima dua laporan polis dibuat dua mangsa iaitu remaja lelaki warga tempatan berusia 15 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular satu laporan menyatakan seorang naib ketua pemuda sebuah parti politik di Mersing ditahan selepas disyaki terbabit dengan kes liwat membabitkan mangsa berusia antara 15 hingga 21 tahun.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker