Angka maut rusuhan bola sepak meningkat kepada 182 orang

JAKARTA, Indonesia – Jumlah korban akibat rusuhan di Stadium Kanjuruhan di Malang, Jawa Timur, meningkat kepada 182 orang, menurut Pejabat Kesihatan Daerah Malang.

Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Saiful Anwar Kota Malang (RSSA) untuk tindakan lanjut.

Seramai 13 orang cedera parah dan masih menerima rawatan di bahagian kecemasan hospital sama.

Sementara itu, Edi dari Pakisaji, Malang berkata, dia sempat mencari anaknya di hospital di Kepanjen sebelum dimaklumkan anaknya dipindah ke RSSA.

“Sejak jam 11 malam (semalam) saya ke Kepanjen memeriksa hospital di situ dan baru pagi ini (hari ini) dimaklumkan yang anak saya dihantar ke RSSA dan masih dirawat di bahagian kecemasan.

“Saya dimaklumkan muka anak lebam dan dia masih belum sedarkan diri,” katanya dilapor Aceh Journal National Network.

Terdahulu, satu video yang dikongsi di media sosial menunjukkan peminat memakai pakaian berwarna merah dan biru, menyerbu padang selepas pasukan Arema FC tewas 3-2 kepada Persebaya Surabaya, malah mereka turut bertempur dengan pasukan keselamatan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker